Bismillahirrahmanirrahim…
Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia….
Gempar apabila media tempatan mengeluarkan kenyataan
dari pihak JAKIM bahawa produk
coklat tenusu Cadbury adalah halal untuk dimakan umat islam selepas kekecohan yang melanda di laman sosial terutamanya berkenaan ketidakhalalan produk tersebut. Kenyataan tersebut
dibuat berdasarkan keputusan hasil kaji
selidik sampel yang telah dihantar oleh kepada Jabatan Kimia. Berikut adalah
kenyataan lanjut:
Majlis Fatwa Kebangsaan juga memutuskan bahawa Cadbury tersebut
adalah halal. Fatwa itu berdasarkan kepada apa istilah bahasa Arab dinamakan
"Umum al-Balwa" iaitu keadaan musibah atau kesukaran yang berleluasa
dan sukar dielak.
Perkara itu diumum oleh pengerusi MFK, Abdul Shukur Husin setelah bersidang
membincangkan perihal DNA babi yang ditemui dari dua sample coklat keluaran
Cadbury itu.
Katanya dalam kes produk siap diproses dan dipasarkan kepada penggunaan yang
asasnya dihasilkan melalui pemerosesan serta menggunakan bahan-bahan yang suci
dan halal, yang kemudian disahkan sebagai halal tetapi kemudian didapati
berlaku kontaminasi (penyerapan) DNA babi pada sebahagian produk tertentu, maka
dalam keadaan ini ia dikategorikan "Umum al-Bawa". (http://www.msomelayu.blogspot.com/2014/05/majlis-fatwa-kebangsaan-umpama-orang.html#more)
Sebelum ini kecoh mengatakan ketidakhalalan produk tersebut
selepas satu kajian terhadap sampel yang
dibuat oleh Kementerian Kesihatn yang menyatakan bahawasanya kedua-dua jenis
produk yang diperiksa mengandungi DNA khinzir.
Walaubagaimanapun, Kementerian Kesihatan mengakui kesilapan
mereka dan akan menyiasat mereka yang mendedahkan keputusan ujian tersebut
meskipun belum mendapat pengesahan dari pihaknya. Tambahan pula, kementerian
itu mengakui kesemua 15 makmalnya tidak mempunyai akreditasi untuk menentukan halal
@ haram sesuatu produk.
Timbalan Menterinya, Datuk Seri Hilmi Yahya berkata, hasil
ujian 2 sampel coklat yang dikesan mengandungi DNA babi pada Febuari lalu
disebarkan oleh seorang pegawainya di
laman sosial dan menjadi buah mulut
masyarakat.
“ Kementerian tertakluk kepada prosedur operasi standard
(SOP) iaitu jika sesuatu produk dikesan
tercemar dengan DNA babi, perlu rujuk kepada JAKIM. Mulai sekarang ,
keputusan berhubung status halal produk makanan ditentukan oleh JAKIM bagi
mengelak kekeliruan.” Tegas beliau. (BERITA HARIAN, RABU 4 JUN 2014).
Pun begitu, kenyataan tersebut tidak melegakan hati umat
islam sepenuhnya dan masih ada yang menyuarakan kebimbangan terhadap produk
syarikat berkenaan meskipun status kehalalan mereka sudah terbukti dan syarikat
tersebut memberi jaminan bahawa produk mereka mematuhi garis panduan.
Dalam pada itu, Penasihat Persatuan Pemborong dan Peruncit
Muslim (Mawar), Bazeer Ahmed berkata, satu perbincangan bersama pertubuhan
bukan kerajaan (NGO) dan badan-badan terlibat perlu diadakan bagi menjelaskan
kedudukan sebenar tentang produk makanan tersebut.
"Perlu ada satu pendekatan yang pragmatik untuk
menyelesaikan isu ini. Kesemua pihak terlibat perlu diberi penjelasan tentang
apa yang sebenarnya terjadi kerana isu makanan bersih dan halal kepada
masyarakat terutama komuniti beragama Islam bukan satu perkara kecil dan boleh
diambil ringan.
"Nasib pekedai dan peruncit juga perlu diberi
perhatian. Ramai daripada mereka yang terpaksa menyimpan produk syarikat
tersebut kerana tidak mahu berdepan cercaan pelanggan yang masih marah dengan
apa yang berlaku. Pihak pembekal juga tidak datang untuk mengambil semula
produk mereka," katanya.
Sources:
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140603/dn_14/PPIM-minta-jelas-kedudukan-sebenar#ixzz33eYCSyX5
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment