Monday, 24 March 2014

JANGAN MENGEJI PERBUATAN BAIK

Bismillahirrahmanirrahim !

Assalamualaikum abe mat ucapkan kepada pembaca-pembaca blog abe mat. abe mat harap pembaca abe mat hari ni sihat-sihat belaka dan sentiasa berada dibawah lindungan rahmat Rabbul Izzati.

Pertama sekali abe mat nak ucapkan syabas kepada penganjur Selawat Perdana diatas kejayaan besar mereka mengadakan Majlis Selawat Perdana, Malam Cinta Allah&Rasul yang telah berjaya merapatkan perpaduan dan persaudaraan hampir 500,000 umat Islam. walaupun abe mat hanya dapat tengok live di kaca tv namun abe mat yakin selawat pada malam itu kelihatan sangat meriah dengan kehadiran Habib Syech Abdul Kodir As-Seggaf dan Habib Ali Zainal Abidin Al-Hamid.


Datuk Seri Najib berpelukan dengan Habib Syech Al Kodir As-Seggaf  
selepas Majlis Selawat Perdana

Datin Seri Rosmah turut hadir di majlis Selawat Perdana


Ribuan umat berkumpul di perkarangan Masjid Putra, Putrajaya untuk menyatakan rasa CINTA pada ALLAH & Rasulullah




Dalam keasyikan umat Islam mengalunkan selawat pada malam itu, ada juga sesetengah pihak yang mengkritik penganjuran benda baik ni. Astaghfirullah, terkejut abe mat dengar ada jugak golongan seperti ini. sepatutnya jika ada pihak yang anjurkan benda yang baik untuk menyatupadukan umat, kita patut sokong dan bukan hanya pandai mengkritik dan mempertikaikan usaha murni penganjur. abe mat fikir golongan yang mengkritik ni mungkin terlalu taksub dengan politik, mereka fikir hanya parti mereka yang betul. ish ish ish, moga ALLAH memberi Hidayah kepada golongan ini.    



Ucapan Khalid Samad memperlekeh Selawat Perdana ketika Perhimpunan Reformasi 2.0 di Stadium Kajang (21/3/2014).

Abe mat fikir tidak salah menganjurkan majlis Selawat Perdana ni, malah ia lebih baik untuk menyatukan rakyat terutamanya golongan remaja agar mencintai Rasulullah s.a.w. dengan adanya majlis seperti ini tidak mustahil bagi mereka untuk mengikut Sunnah Rasulullah dalam kehidupan harian mereka. melalui pemerhatian abe mat, ramai juga artis-artis yang turut serta dalam majlis ini seperti Nabil Raja Lawak, Adam AF, Neelofa dan ramai lagi.

Setakat ini dulu post abe mat hari ni, yang baik itu datang dari Allah s.w.t dan yang buruk itu datang dari kekurangan diri abe mat sendiri.

Wassalam !

Wednesday, 19 March 2014

DON’T JUDGE PEOPLE SESUKA HATI



Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1Malaysia kpd semua pembaca 
yang sudi singgah di Blog Abe Mat hari nie. Semoga anda semua berada di dalam keadaan sihat sejahtera dan dirahmati Allah selau (^_^).

Berkaitan dengan tragedi kehilangan pesawat  MH370, hari ni masuk hari yang ke 12 dah pesawat tu hilang. Lepas tu banyak la spekulasi yang timbul. Yang Abe Mat tak puas hatinya kebanyakan masyarakat kita hari ni  suka sangat menyalahkan pihak-pihak tertentu sedangkan tak ada bukti pun nak tuduh mereka. Ada yang menyalahkan Kapten Zaharie Ahmad Shah dan pembantunya Fariq Abdul Hamid, pembantu juruterbang, malah kerajaan pun dipersalahkan jugak dalam kes ni. What the nonsense la perception masyarakat kita.


Abe mat memang respect dengan cara Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammudin Tun Hussein yang tidak meletakkan kesalahan kepada mana-mana penumpang atau anak kapal pesawat MH370 selagi tidak dibuktikan bersalah. Menurut beliau, walaupun ada kemungkinan pesawat itu dirampas, siasatan masih belum mengenal pasti siapa yang mendalanginya.

Siapa kita nak judge orang sesuka hati..?? Negara kita ada pihak berkuasa yang boleh menyisat tentang kes ini. Biar mereka jer yang siasat. Kita tak payah la nak sibuk-sibuk mengusutkan lagi keadaan. 

Seharusnya semua masyarat di negara ini terutamanya yang beragama Islam serta alim ulama terus berdoa dan melakukan solat hajat memohon petunjuk daripada ALLAH supaya pesawat MH370 yang hilang ditemui semula. Abe Mat yakin Allah akan mendengar dan memakbulkan doa hamba-hambaNya yang tidak putus asa meminta pertolongan daripadaNya. 

Tuesday, 18 March 2014

SPEKULASI ATAUPUN REALITI?


Hari ini ( 19 MAC 2014) , genap 11 hari berita kehilangan pesawat MH370 menjengah ruang akhbar dan media elektronik di negara kita. dalam tempoh masa itu jugalah, kita sering mendengar dan mentelaah segenap berita yang berkaitan dengan kehilangan pesawat tersebut baik di surat khabar, tv mahupun media massa seperti Facebook dan Twitter. Tanpa kita sedar, input berita yang berkaitan dengan isu tersebut mahupun isu-isu lain ditelaah oleh kita tanpa tapisan. Abe Mat menyedari, masyarakat hari ini lebih mudah menerima input daripada media sosial dan 'menghadamnya' dengan mudah tanpa berfikir kesahihan sesuatu berita tersebut, lebih-lebih lagi berita sensasi contohnya yang mengaitkan kehilangan pesawat MH370 dengan politik.



Spekulasi-spekulasi yang timbul di internet dilihat tidak membantu usaha pencarian, bahkan menjadikan keadaan bertambah teruk. Saranan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek agar rakyat Malaysia tidak mudah percaya dengan spekulasi yang ditimbulkan di intenet harus lah diambil cakna oleh setiap pengguna internet supaya keadaan tidak menjadi lebih rumit.


(BERITA HARIAN, 9 MAC 2014)

Sebagai orang Islam, kita telah diajar oleh agama kita berkenaan interaksi kita dengan berita. Di dalam Al-Quran juga ada menyebut: 






Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) juga mengeluarkan arahan meminta semua empat juta kakitangannya tidak menyebarkan sebarang maklumat tidak tepat atau spekulasi mengenai kehilangan pesawat MH370 terutama menerusi media sosial.



Ketua Pengarahnya, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, berkata langkah itu bagi mengelak sebarang maklumat tidak tepat dan bersifat dakwaan tersebar sehingga mengelirukan masyarakat. Jadi, peringatan penting kepada seluruh kakitangan awam, supaya tidak menimbulkan perasaan panik dan kekaburan kepada masyarakat.


Jadi, please, please, please..Abe Mat mintak.tolong sangat-sangat jangan nak sebarkan sebarang spekulasi melainkan ianya sudah dikaji terlebih dahulu untuk mengelakkan salah faham yang mungkin boleh berlaku dalam masyarakat. Apatah lagi spekulasi tersebut boleh memburukkan nama pemimpin-pemimpin negara kita. 

Maka tunjukkanlah contoh terbaik kita sebagai umat Islam yang telah dididik untuk berinteraksi dengan berita dengan cara yang rasional dan waras. Jadi, jangan putus harapan, teruskan berdoa agar dipermudahkan segala urusan dalam misi pencarian ini.  Suka juga Abe Mat mengingatkan: If we can't help...let's not make it worst..

Video ini sekadar hiburan, tidak ada kene-mengena antara yang hidup dan mati. Tapi lihat pada mesej yang cuba Abe Mat sampaikan melalui video ini. Semoga kita beroleh manfaat darinya.



                                            











Sunday, 16 March 2014

Misteri Kehilangan MH370- 16 Mac 2014

Hingga ke saat ini, misteri kehilangan MH370 masih dalam tanda tanya, namun Kerajaan telah mengambil segala langkah untuk menangani isu ini kerana banyak spekulasi yang telah dibuat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Justeru itu sidang media telah diadakan hampir setiap hari bagi mengemaskini maklumat terbaru supaya semua pihak mendapat maklumat yang betul dan tepat.

Dalam sidang media kelmarin, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak mengesahkan laporan media berhubung pesawat MH370 dirampas dan pencarian pesawat ini sedang memasuki fasa baru ke arah dua koridor baru di utara Malaysia dan satu lagi di selatan negara ini. Koridor utara adalah menuju ke Turkmenistan, Kazakhstan serta utara Thailand manakala koridor selatan ialah di Indonesia dan selatan Lautan Hindi. Sehingga kini 15 negara dengan 43 kapal serta 53 pesawat terlibat dalam operasi mencari  MH370. Antara negara terlibat dalam misi berkenaan termasuk Amerika Syarikat, Vietnam, Australia, China, India dan Singapura.




Sidang Media Khas Mencari MH370 (2.20pm, 15/3/2014)



Walaupun ada laporan media yang mengatakan pesawat ini dirampas, Datuk Seri Najib Razak menjelaskan bahawa pihak berwajib masih menyiasat semua kemungkinan yang menyebabkan MH370 menyimpang dari laluan asalnya. Pesawat yang membawa 239 penumpang termasuk 12 anak kapal hilang daripada radar selepas sejam berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang dalam perjalanan ke Beijing.

Disini, Abe Mat menyeru kepada semua supaya teruskan berdoa untuk kesejahteraan MH370 supaya misi pencarian dipermudahkan oleh Allah s.w.t. Marilah kita bersatu-padu bersama pihak Kerajaan bagi menunjukkan kepada dunia bahawa Malaysia bertanggungjawab keatas keselamatan serta kepentingn rakyat bersesuaian dengan slogan "Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan". #PrayForMH370

Thursday, 24 October 2013

Kanun Jenayah Syariah (Hudud, Qisas dan Takzir)



Isu pelaksanaan Hudud di Malaysia muncul kembali minggu ini bila kerajaan Brunei mengumumkan akan melaksanakannya. kebetulan pula waktu ini sedang berlaku kempen Pilihan Raya Kecil di Sungai Limau, Kedah.

Seperti biasa, penyokong parti PAS dan sekutu mereka galak mencanangkan kebagusan Pemerintah Brunei kerana mahu melaksanakan Hudud berbanding Pemerintah Malaysia yang dituduh menolak Hudud. Tentera siber Pakatan Parti Pembangkang aktif meng'viral'kan isu ini sejak beberapa hari lepas.

Tetapi Abe Mat hairan kenapa puak ini sentiasa menyandarkan kesalahan kepada Kerajaan Pusat (parti UMNO terutamanya) apabila tidak berjaya melaksanakan sesuatu perkara misalnya Kanun Jenayah Syariah di Kelantan dan Terengganu. PAS telah berjanji untuk laksanakan Hudud di Kelantan sejak tahun 1990an lagi dimana pada tahun 1993 Kanun ini telah di bentang di Dewan Undangan Negeri Kelantan dan telah disokong sebulat suara oleh semua ADUN (PAS dan UMNO) yang ada pada masa itu. Namun sehinggakan hari ini Hudud tetap tidak dilaksana.

Antara alasan yang sering diberikan oleh PAS jika di soal tentang pelaksanaan Hudud di Kelantan ialah; mendapat tentangan Dr. Mahathir melalui sepucuk surat dan juga halangan perlembagaan. Alasan-alasan inilah yang diratib saban hari oleh PAS dan disebar luaskan kepada penyokong mereka.

Tetapi semua alasan tersebut menjadi tidak relevan, salah dan hanyalah berbentuk escapism semata-mata kerana Forum mengenai Hudud yang dianjurkan oleh Kerajaan Kelantan pada bulan Oktober 2011 telah membatalkan semua alasan tersebut. Forum yang dibarisi oleh Prof Aziz Bari, Datuk Mohamad Daud (Ketua Hakim Syar'ie Kelantan) dan Datuk Mohamad Daud Iraqi (Ketua Dewan Ulama PAS Kelantan) telah mendapat liputan meluas media termasuklah Harakah. Kesimpulan Forum ialah Kerajaan PAS Kelantan mesti melaksanakan Hudud sebagaimana yang dijanjikan kerana sudah 20 tahun tertangguh dan tiada alasan untuk tidak melaksanakan hukum tersebut.

Abe Mat ada dalam Forum tersebut dan hati berbunga-bunga kerana ingatkan bahawa Hudud akan dibuat serta merta selepas dari Forum tersebut. Namun ianya meleset kerana sehingga artikel ini ditulis, Hudud tetap tidak dilaksanakan di Kelantan dan Ustaz Nik Aziz sudah tidak jadi Menteri Besar lagi.

Maka timbul dalam hati Abe Mat bahawa Hudud ini mungkin umpan pilihan raya sahaja dan bukannya mauduk utama parti PAS. Tanpa pilihan raya maka tiadalah Hudud dan nampaknya hipotesis ini terserlah benar.

http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5852-hudud-boleh-dilaksana-di-kelantan

Monday, 30 September 2013

Komunis bahaya!


Kelmarin Abe Mat berbual dengan seorang kenalan di kedai makan. Beliau bukan main bercerita tentang perjuangan komunis di Negara kita yang disalah anggap. Kata beliau, komunis ni berjuang untuk menentang penjajah tapi sejarahnya telah dipesongkan.

Abe Mat pada mulanya tidak mahu mencelah tetapi apabila beliau mula melarat seolah-olah memuja komunis, maka sampai masa untuk menyampuk. Abe Mat berkata;“Komunisme itu anti Tuhan. Sesiapa yang mahu jadi pemimpin dalam komunis mesti berideologi komunisme iaitu salah satunya mengaku tiada Tuhan atau dengan kata lain Tuhan itu tidak wujud.. Kita orang Islam tidak boleh macam tu. Sebab itu Tok-Tok Guru Pondok dahulu tolak komunis sebab mereka tahu perjuangan yang tidak betul”. Abe Mat perhati air muka mamat tersebut terus kelat, tak bercakap banyak.


Abe Mat fikir yang ada janggut macam Abe Mat ni tolak komunis, rupanya ada yang sokong komunis..Adoi, apa sudah jadi orang Islam kita sekarang??   

Wednesday, 25 September 2013

Adik..Jangan Lupa Budi Bahasa

Hari ini dalam media maya kecoh isu seorang isteri kepada pemain bola sepak tersohor negara yang bergaduh dengan pengawal keselamatan airport Subang. Lebih menarik bila ramai yang memuat naik video insiden tersebut.


Abe Mat tidak mahu terus buat hukuman tanpa selidik terlebih dahulu. Cumanya apabila menonton video itu saya tertanya-tanya sejauh mana kesan ajaran budi bahasa dalam sanubari orang Melayu terutama dalam kalangan anak muda. Sama-sama kita cari jawapannya.