Monday, 7 April 2014

Pemilik akaun FB hina DS Rosmah ditahan.

Assalamualaikum w.b.t


Alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi kerana masih diberi ruang dan kesempatan untuk Abe Mat menulis dan berkongsi sedikit berita yang menjadi perhatian ramai buat masa ini yang mana pemilik akaun Facebook, Syed Saifullah telah memuatnaik status menyatakan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor meninggal dunia selepas pesawat terhempas baru-baru ini dan beliau ditangkap di rumahnya di Seri Iskandar, Perak.

Suspek sebelum memuat naik status berbunyi “Dari Ia kita datang, dan dari Ia jugak kiter dikembalikan. Pesawat yang membawa isteri dan PM dalam perjalanan pulang dari Perth telah hilang dari radar dan dijumpai terhempas kat Lautan Sumatera Selatan. Al-fatihah” itu turut disertakan gambar Rosmah bersama rangka manusia yang disunting.



Sumber polis memberitahu, suspek yang berumur 25 tahun ditahan oleh sepasukan polis di kediaman suspek di Bandar Universiti, Seri Iskandar, Perak sekitar jam 12.10 pagi tadi.
Penahanan dibuat berdasarkan satu laporan polis yang dilakukan di Balai Polis Sentul berkenaan dengan penyebaran satu gambar cebisan daging mayat manusia yang dikatakan Datin Seri Rosmah Mansor.
Salinan report tangkapan adalah seperti berikut:
Tangkapan terhadap pemilik akaun facebook yang menunjukkan gambar cebisan daging dan terdapat wajah datin seri rosmah mansor - seri iskandar rpt 591/2014@ 0554
Pada 6 apr 2014 lebih kurang jam 0010 sepasukan pegawai dan anggota yang diketuai oleh insp mohd hanis bin abd wahab - pegawai jsj ipd sentul, kuala lumpur bersama sepasukan D9 Ipk perak dan Ipd perak tengah, perak telah membuat serbuan dan tangkapan di alamat no. 29, jalan U 18, bandar universiti, seri iskandar, perak berkaitan sentul repot no 5181/2014.

Ringkasan kejadian

Bertindak atas maklumat sentul repot 5181/2014 pada 6 apr 2014 pengadu bersama sepasukan pegawai dan anggota dari jsj ipd sentul, sepasukan D9 ipk perak dan sepasukan jsj ipd perak tengah telah pergi di alamat no.29, bandar universiti, seri iskandar, perak. Apabila sampai di alamat tersebut pengadu telah memgetuk pintu dan dibuka oleh 1 (p) melayu. Seterusnya pengadu memperkenalkan diri pegawai kanan polis dengan menunjukkan kad kuasa polis dan minta butir pengenalan diri diberi ialah laila bt arden kpt no 620512-10-5664 alamat no. 29 jalan bandar U18, seri iskandar, perak. Pengadu bersama saksi polis telah menyatakan tujuan kedatangan adalah untuk mencari 1 (L) melayu yang dikenali dengan nama 'Syed Saifullah'. Kemudian (P) melayu tersebut telah memberitahu (L) melayu yang dicari adalah anaknya dan saspek telah keluar makan bersama suaminya dalam beberapa minit yang lalu. Pengadu kemudiannya telah menyuruh (p) melayu tersebut menelefon anaknya. Dalam 20 minit kemudian telah datang (3) lelaki melayu ke rumah tersebut dan pengadu telah kenalkan diri sekali lagi sebagai pegawai kanan polis dengan menunjukkan kad kuasa polis lalu bertanyakan siapakah 'Syed Saifullah' dan (1) L melayu telah mengaku dirinya adalah lelaki tersebut. Seterusnya pengadu bersama saksi polis telah membuat pemeriksaan badan ke atas saspek dan telah menjumpai sebuah h/phone jenama sony x peria warna hitam/putih no tel 013-4928564 dari poket sebelah kanan. Pengadu telah membuat pemeriksaan dibilik tidur utama dan dua yang terletak di tingkat satu. Tangkapan dan rampasan adalah seperti berikut:-

Saspek:

Nama: syed ahmad saifullah bin hashim
No. Kpt : 890620-10-5311
Jantina : lelaki
Warganegara : malaysia
Tarikh lahir : 20 jun 1989
Keturunan : melayu
Taraf perkahwinan : bujang
Alamat : no. 29 jalan bandar U 18, seri iskandar, perak.

Butir2 rampasan:

1.sebuah h/phone jenama sony x peria
2.moniter komputer jenama acer warna hitam
3.cpu jenama power logic warna hitam
4.key board jenama power logic warna hitam
5.tetikus jenama power logic warna hitam
6. Broadband jenama p1 warna putih/hijau
7.thumb drive tp-link warna putih/hitam
8.broadnand jenama celcom
9.kamera komputer tanpa jenama warna ungu/jernih
10.set speker jenama vinnfier warna hitam
11.4 kabel komputer warna hitan
12.penyambung soket warna putih
13.multicard reader janama sbhc support warna kuning/putih
14.thumb drive jenama kongston warna hitam
15.mesin cetak jenama canon warna hitam
16. Kabel internet warna putih,

Ulasan:

Saspek ditangkap bersangkut sentul rpt
5181/14 diklasifikasi di bawah Seksyen 233 (1) CMA (Jenayah Siber) dan 505 (b) KK. Kes disiasat oleh ASP Hamka bin Mohammad. Setakat ini okt berada di Lokap Berpusat Jinjang dan hari ini akan diambil reman .



DS Rosmah yang dimaklumkan tentang perkara tersebut bertindak memberikan respon menerusi page Tun Dr Mahathir yang berbunyi berikut :-



"Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Saya difahamkan ada poster di facebook yang disebarkan oleh adik Syed Saifullah berkaitan diri saya. Tiada kata yang dapat saya katakan selain mendoakan agar adik Syed Saifullah mendapat keberkatan dalam hidup, dipanjangkan usia, menjadi anak yang soleh dan menjadi insan yang berguna kepada Agama, Bangsa dan Negara. Salam - DS Rosmah Mansor"

Nampaknya, Rosmah Mansor tidak  melayan tindakan remaja itu termasuk tidak berniat untuk mengambil tindakan saman atau membuat laporan polis. .

Jika difikirkan apalah salah dan dosa DS Rosmah kepada beliau sehingga sanggup menyebarkan fitnah yang dianggap biadap. Fitnah itu bak kudis. Andai dibiarkan merebak, kelak bernanah dan berbau amat busuk jika pecah. Dalam kes ini, fitnah bukan dilemparkan kepada orang sebarangan tetapi terbukti menyentuh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor. Ini jelas terbukti bahawa, media sosial adalah salah satu medium yang berkuasa menyebarkan fitnah dan menjatuhkan aib seseorang. 

Lupa ke bahawa fitnah lebih tajam dari mata pisau dan sangat di larang dalam ISLAM.Jika mahu berikan teguran biarlah dengan cara yang di anjurkan oleh agama. Disini Abe Mat nak nasihatkan pada bloger-bloger dan pengguna media sosial, manfaatkanlah kemudahan yang ada ini dalam menyampaikan dakwah dan perkara-perkara yang baik. Jangan sesekali menyalahgunakan kemudahan yang ada dengan menyebarkan berita-berita palsu, menjatuhkan aib orang, dan bergaduh sesama sendiri kerana ia bakal merosakkan serta memberi kesan kepada diri, masyarakat serta Negara kita juga. 

Akhir kalam, Abe Mat menyeru kepada sekalian yang singgah di blog Abe Mat ni agar, jadikan yang baik itu ikutan, dan jauhi perkara-perkara yang bakal merugikan serta menyusahkan kita kelak. Sekalian... 

Thursday, 3 April 2014

Sokong Perkara Baik

Assalamualaikum w.b.t

Hari ni Abe Mat dengar pihak Menteri Besar Kelantan, kini membuat persiapan dan akan memilih sesi sesuai di Parlimen untuk mengemukakan rang undang-undang persendirian bagi mendapatkan kebenaran melaksanakan hukuman hudud di negeri Kelantan sebagaimana diperuntukkan Perkara 76 (A) Perlembagaan Persekutuan.

Menurut Datuk Ahmad Yakob, hukum hudud dapat dikuatkuasakan di Kelantan selewat-lewatnya Januari depan sekiranya tiada halangan dari Kerajaan Persekutuan untuk membolehkan rang undang-undang persendirian dibentang dan diluluskan di Parlimen.
Bagi Abe Mat, baguslah kalau benar hukum hudud dapat dikuatkuasakan di Kelantan, maka sudah tentu hukum hudud ini akan disokong 100% oleh UMNO, dan pastinya ia boleh dilaksanakan jika UMNO merupakan parti tunggal dalam BN yang mewakili keputusan Kerajaan Persekutuan.


Abe Mat ingat lagi pada tahun 1993,semasa isu hudud dibentangkan buat kali pertama, ada dua orang ahli UMNO yang sokong hudud. Sebenarnya dari dulu lagi umno tak pernah halang hudud. Memang betul dulu Mahathir tolak sebab banyak perkara yang Mahathir tanya tapi kerajaan negeri tak jawab.


Sunday, 30 March 2014

Ambil pengajaran tiap apa yang berlaku.

Assalamualaikum w.b.t 


Pertama sekali, marilah sama-sama kita memanjat kesyukuran kepada Allah s.w.t kerana masih diberi peluang dan ruang untuk kita bernafas dan melakukan rutin harian seperti biasa. 

Hari ini, Negara kita masih lagi dibelenggu kesedihan berikutan insiden yang menimpa MH370. Usaha pencarian masih giat dijalankan, namun terpaksa ditangguhkan dahulu ekoran cuaca yang tidak mengizinkan dan membahayakan. Disaat ini juga bacaan Yassin, Al-fatihah tidak henti-henti berkumandang mahupan di kaca televisyen dan radio bagi menghormati dan mengenang penumpang MH370 yang beragama Islam khususnya diikuti dengan ucapan takziah yang tidak putus-putus dari negara luar dan rakyat tempatan bagi memberikan sokongan moral kepada keluarga penumpang MH370. 




Misi pencarian MH370 di selatan lautan Hindi

Majlis bacaan Yassin turut diadakan 

Sokongan moral amat diperlukan disaat ini

Selain itu juga, penangguhan Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) dianggap wajar bagi menghormati insiden memilukan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang mengakhiri penerbangan di selatan Lautan Hindi, seperti diumumkan oleh Datuk Seri Najib Razak, isnin lalu. 


ABPBH ditunda bagi menghormati tragedi MH370

Penundaan tarikh malam anugerah untuk memartabatkan penggiat seni tanah air ini diputuskan sebagai tanda menghormati insiden memilukan yang menimpa penerbangan MH370. Pengarang Kumpulan BH merangkap Penaung ABPBH 2013, Mahfar Ali berkata: “BH dan ahli jawatankuasa pengelola ABPBH 2013 sepakat mengambil keputusan menangguhkan malam anugerah ini dan disokong sepenuhnya oleh pengurusan Media Prima, NSTP, TV3 selaku hos penyiar rasmi, Resorts World Genting selaku penaja lokasi malam anugerah, rakan penaja ABPBH 2013 serta rakan-rakan artis yang bakal terbabit pada malam anugerah itu nanti.” 

Keputusan ini turut diambil selaras dengan pengumuman oleh Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen, Media Prima Berhad (MPB), Ahmad Izham Omar, baru-baru ini iaitu semua rangkaian TV MPB merombak susunan program dengan menggugurkan rancangan hiburan seterusnya memanjangkan laporan khas dan berita terkini, selain melebihkan pengisian agama serta ilmiah. 

Penangguhan ini juga menjadi bukti insan seni juga prihatin dan peka dengan situasi semasa, selain menghormati perasaan mereka yang kehilangan insan tersayang. pengumuman itu yang dimuat naik di laman Facebook BH turut menerima reaksi positif dengan hampir 150 likes diterima dalam tempoh tiga minit pertama dipaparkan. 






Kesimpulannya disini, Abe Mat fikir wajar bagi industri hiburan tanah air kita ini mengurangkan rancangan berbentuk hiburan samada sebelum atau selepas insiden MH370 berlaku. Selaku sebuah negara yang berlatar belakangkan Islam perlulah mengelak serta meminimumkan aktiviti seta rancangan yang berbentuk hiburan yang mana boleh mengalphakan penonton khususnya umat Islam sebagaimana insiden yang berlaku di konsert Festival Future Music yang mana enam maut akibat mengambil dadah secara berlebihan. 






Abe Mat seru kepada semua, ambillah iktibar daripada apa yang telah berlaku, jadikanlah setiap yang berlaku itu sebuah pengajaran supaya kita lebih berhati-hati di kemudian hari. Itu sahaja dari Abe Mat, moga apa yang dikongsi ini dapat memberi manfaat kepada pembaca sekalian. 

Tuesday, 25 March 2014

ZALIMKAH???


Assalamualaikum  w.b.t

Abe Mat harap semuanya sihat dan mendapat rahmat yang melimpah dari Allah Azza Wajalla. Amin

Hari ni Abe  Mat nak menulis serba sedikit isu yang berkait dengan mentaliti masyarakat kita berkenaan dengan perdana menteri kita, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.Dalam sibuk Datuk Seri memimpin dan mengawal negara masih ada segelintir rakyat yang tidak menyenangi  beliau. Walaupun beliau penat menjalankan tugas sebagai pemimpin negara tapi, mereka tanpa segan silu mencerca, maki hamun dan menfitnah Datuk Seri Najib dengan pelbagai tohmahan yang pastinya amat menyakitkan. Salah satunya yang menarik perhatian Abe Mat ialah Datuk Seri Najib ini dianggap seorang pemerintah yang zalim kepada rakyat.

Sebelum Abe Mat bercerita lebih lebar, apa kata kita singkap balik apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan zalim.

Zalim mengikut bahasa bermaksud "aniaya atau celaka". Zalim secara istilah bererti "berbuat aniaya atau celaka terhadap diri sendiri atau orang lain dengan cara-cara bathil yang keluar dari jalur syariat agama Islam". Dari pengertian lain, zalim bermaksud “menempatkan atau meletakkan sesuatu tidak kena atau tidak sesuai dengan tempatnya".

Zalim merupakan perbuatan yang di larang oleh Allah SWT dan termasuk dari salah satu dosa-dosa besar. Manusia yang berbuat zalim akan mendapatkan balasan di dunia dan siksa yang pedih di akhirat kelak. Sebagaimana antara firman2 Allah SWT dalam Al Quran; "Sesungguhnya dosa besar itu atas orang-orang yang berbuat zalim kepada manusia dan melampaui batas di muka bumi tanpa hak. Mereka itu mendapat azab yang pedih". (Surah Asy-Syura : 42)

Jadi, cuba tanya pada diri kita, pernah tak walau sekali kita tidak makan atau minum disebabkan kezaliman pemerintah? Atau pernahkan kita tidak keluar dari rumah kerana takut akan pemerintah yang membunuh dan menindas rakyat sesedap rasa? Tepuk dada, tanya hati. Abe Mat biar soalan ini kepada pembaca menilainya.

Abe Mat bukan nak judge,  tetapi sekadar ingin menyatakan apa yang bermain di minda Abe Mat. Pada hemat Abe Mat, selama  hidup di bawah pimpinan Datuk Seri Najib ni, Abe Mat belum lagi merasa diri Abe Mat ditindas dan belum pernah Abe tengok rakyat Malaysia dizalimi oleh Datuk Seri Najib. Jangan sebab kita tak dapat apa yang kita nak kita boleh menunding jari dan berkata itu ini tentang orang yang kita tidak suka sesuka hati kita. Berilah peluang dan ruang kepada beliau menjalankan amanah yang diamanatkan sebaik mungkin. Kita sebagai rakyat haruslah berganding bahu menyokong beliau demi kesejahteraan bersama.

Rakyat perlu mengakui bahawa kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai perdana menteri telah membawa pelbagai perubahan untuk kesejahteraan rakyat  dan amat prihatin dengan setiap masalah rakyat.

BRIM misalnya, merupakan satu bentuk bantuan yang dicetuskan perdana menteri bagi membantu golongan berpendapatan rendah untuk mengurangkan kos dan bebanan tanggungan mereka.


BR1M 3.0 bukti  Datuk Seri Najib prihatin nasib rakyat


Selain BR1M, pelbagai bantuan telah diberikan seperti bantuan persekolahan, Perumahan Rakyat 1Malaysia, bantuan kepada pelajar pusat pengajian tinggi, Kedai Rakyat 1Malaysia, Klinik Rakyat 1Malaysia dan pelbagai lagi.

K1M untuk kemudahan rakyat 1 Malaysia

Semua insentif ini adalah untuk manfaat semua pihak, setiap lapisan masyarakat tanpa mengira fahaman ideologi politik, bangsa dan agama. Sebagai rakyat, kita berhak menaruh kepercayaan kepada kepimpinan perdana menteri untuk terus membawa negara mencapai wawasan negara maju menjelang tahun 2020. Berilah sokongan, kepercayaan dan tempoh masa yang cukup kepada perdana menteri supaya lebih banyak lagi perubahan akan dilaksanakan bagi kebaikan rakyat dan kemakmuran negara.



Sekian dulu untuk hari ni, Abe Mat undur diri dulu…ASSALAMUALAIKUM..^_^

Monday, 24 March 2014

JANGAN MENGEJI PERBUATAN BAIK

Bismillahirrahmanirrahim !

Assalamualaikum abe mat ucapkan kepada pembaca-pembaca blog abe mat. abe mat harap pembaca abe mat hari ni sihat-sihat belaka dan sentiasa berada dibawah lindungan rahmat Rabbul Izzati.

Pertama sekali abe mat nak ucapkan syabas kepada penganjur Selawat Perdana diatas kejayaan besar mereka mengadakan Majlis Selawat Perdana, Malam Cinta Allah&Rasul yang telah berjaya merapatkan perpaduan dan persaudaraan hampir 500,000 umat Islam. walaupun abe mat hanya dapat tengok live di kaca tv namun abe mat yakin selawat pada malam itu kelihatan sangat meriah dengan kehadiran Habib Syech Abdul Kodir As-Seggaf dan Habib Ali Zainal Abidin Al-Hamid.


Datuk Seri Najib berpelukan dengan Habib Syech Al Kodir As-Seggaf  
selepas Majlis Selawat Perdana

Datin Seri Rosmah turut hadir di majlis Selawat Perdana


Ribuan umat berkumpul di perkarangan Masjid Putra, Putrajaya untuk menyatakan rasa CINTA pada ALLAH & Rasulullah




Dalam keasyikan umat Islam mengalunkan selawat pada malam itu, ada juga sesetengah pihak yang mengkritik penganjuran benda baik ni. Astaghfirullah, terkejut abe mat dengar ada jugak golongan seperti ini. sepatutnya jika ada pihak yang anjurkan benda yang baik untuk menyatupadukan umat, kita patut sokong dan bukan hanya pandai mengkritik dan mempertikaikan usaha murni penganjur. abe mat fikir golongan yang mengkritik ni mungkin terlalu taksub dengan politik, mereka fikir hanya parti mereka yang betul. ish ish ish, moga ALLAH memberi Hidayah kepada golongan ini.    



Ucapan Khalid Samad memperlekeh Selawat Perdana ketika Perhimpunan Reformasi 2.0 di Stadium Kajang (21/3/2014).

Abe mat fikir tidak salah menganjurkan majlis Selawat Perdana ni, malah ia lebih baik untuk menyatukan rakyat terutamanya golongan remaja agar mencintai Rasulullah s.a.w. dengan adanya majlis seperti ini tidak mustahil bagi mereka untuk mengikut Sunnah Rasulullah dalam kehidupan harian mereka. melalui pemerhatian abe mat, ramai juga artis-artis yang turut serta dalam majlis ini seperti Nabil Raja Lawak, Adam AF, Neelofa dan ramai lagi.

Setakat ini dulu post abe mat hari ni, yang baik itu datang dari Allah s.w.t dan yang buruk itu datang dari kekurangan diri abe mat sendiri.

Wassalam !

Wednesday, 19 March 2014

DON’T JUDGE PEOPLE SESUKA HATI



Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1Malaysia kpd semua pembaca 
yang sudi singgah di Blog Abe Mat hari nie. Semoga anda semua berada di dalam keadaan sihat sejahtera dan dirahmati Allah selau (^_^).

Berkaitan dengan tragedi kehilangan pesawat  MH370, hari ni masuk hari yang ke 12 dah pesawat tu hilang. Lepas tu banyak la spekulasi yang timbul. Yang Abe Mat tak puas hatinya kebanyakan masyarakat kita hari ni  suka sangat menyalahkan pihak-pihak tertentu sedangkan tak ada bukti pun nak tuduh mereka. Ada yang menyalahkan Kapten Zaharie Ahmad Shah dan pembantunya Fariq Abdul Hamid, pembantu juruterbang, malah kerajaan pun dipersalahkan jugak dalam kes ni. What the nonsense la perception masyarakat kita.


Abe mat memang respect dengan cara Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammudin Tun Hussein yang tidak meletakkan kesalahan kepada mana-mana penumpang atau anak kapal pesawat MH370 selagi tidak dibuktikan bersalah. Menurut beliau, walaupun ada kemungkinan pesawat itu dirampas, siasatan masih belum mengenal pasti siapa yang mendalanginya.

Siapa kita nak judge orang sesuka hati..?? Negara kita ada pihak berkuasa yang boleh menyisat tentang kes ini. Biar mereka jer yang siasat. Kita tak payah la nak sibuk-sibuk mengusutkan lagi keadaan. 

Seharusnya semua masyarat di negara ini terutamanya yang beragama Islam serta alim ulama terus berdoa dan melakukan solat hajat memohon petunjuk daripada ALLAH supaya pesawat MH370 yang hilang ditemui semula. Abe Mat yakin Allah akan mendengar dan memakbulkan doa hamba-hambaNya yang tidak putus asa meminta pertolongan daripadaNya. 

Tuesday, 18 March 2014

SPEKULASI ATAUPUN REALITI?


Hari ini ( 19 MAC 2014) , genap 11 hari berita kehilangan pesawat MH370 menjengah ruang akhbar dan media elektronik di negara kita. dalam tempoh masa itu jugalah, kita sering mendengar dan mentelaah segenap berita yang berkaitan dengan kehilangan pesawat tersebut baik di surat khabar, tv mahupun media massa seperti Facebook dan Twitter. Tanpa kita sedar, input berita yang berkaitan dengan isu tersebut mahupun isu-isu lain ditelaah oleh kita tanpa tapisan. Abe Mat menyedari, masyarakat hari ini lebih mudah menerima input daripada media sosial dan 'menghadamnya' dengan mudah tanpa berfikir kesahihan sesuatu berita tersebut, lebih-lebih lagi berita sensasi contohnya yang mengaitkan kehilangan pesawat MH370 dengan politik.



Spekulasi-spekulasi yang timbul di internet dilihat tidak membantu usaha pencarian, bahkan menjadikan keadaan bertambah teruk. Saranan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek agar rakyat Malaysia tidak mudah percaya dengan spekulasi yang ditimbulkan di intenet harus lah diambil cakna oleh setiap pengguna internet supaya keadaan tidak menjadi lebih rumit.


(BERITA HARIAN, 9 MAC 2014)

Sebagai orang Islam, kita telah diajar oleh agama kita berkenaan interaksi kita dengan berita. Di dalam Al-Quran juga ada menyebut: 






Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) juga mengeluarkan arahan meminta semua empat juta kakitangannya tidak menyebarkan sebarang maklumat tidak tepat atau spekulasi mengenai kehilangan pesawat MH370 terutama menerusi media sosial.



Ketua Pengarahnya, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, berkata langkah itu bagi mengelak sebarang maklumat tidak tepat dan bersifat dakwaan tersebar sehingga mengelirukan masyarakat. Jadi, peringatan penting kepada seluruh kakitangan awam, supaya tidak menimbulkan perasaan panik dan kekaburan kepada masyarakat.


Jadi, please, please, please..Abe Mat mintak.tolong sangat-sangat jangan nak sebarkan sebarang spekulasi melainkan ianya sudah dikaji terlebih dahulu untuk mengelakkan salah faham yang mungkin boleh berlaku dalam masyarakat. Apatah lagi spekulasi tersebut boleh memburukkan nama pemimpin-pemimpin negara kita. 

Maka tunjukkanlah contoh terbaik kita sebagai umat Islam yang telah dididik untuk berinteraksi dengan berita dengan cara yang rasional dan waras. Jadi, jangan putus harapan, teruskan berdoa agar dipermudahkan segala urusan dalam misi pencarian ini.  Suka juga Abe Mat mengingatkan: If we can't help...let's not make it worst..

Video ini sekadar hiburan, tidak ada kene-mengena antara yang hidup dan mati. Tapi lihat pada mesej yang cuba Abe Mat sampaikan melalui video ini. Semoga kita beroleh manfaat darinya.