Bismillahirrahmanirrahim…
Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia…
Perdebatan mengenai hudud sedang hangat diperkatakan di
media hari ini selepas kerajaan Pas Kelantan mahu membentangkan rang undang-undang
persendirian di Dewan Rakyat. Pembentangan itu dijangka seawal-awalnya Jun ini
atau selewat-lewatnya Disember 2014 bagi melaksanakan hukum Islam itu di
Kelantan pada tahun hadapan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga menyatakan
bahawa kerajaan dan UMNO tidak menolak hudud dan menyokong niat baik Pas untuk
melaksanakannya dengan membentang usul tersebut di Dewan Rakyat serta sedia
mendengar penjelasan daripada Pas berhubung perkara tersebut.
Bagaimanapun, ianya mendapat tentangan daripada pihak bukan
islam yang menytakan bangkangan mereka terhadap isu hudud ini. Ulasan mengenai
hudud telah dijelaskan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Institut
Antarabangsa Kajian Tinggi Islam (IAIS) Malaysia, PROF. DR. MOHAMED AZAM
MOHAMED ADIL di dalam sebuah artikel di UTUSAN MALAYSIA pada 12 MEI 2014.
Artikel Penuh boleh dilihat disini:
http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140504/re_02/Hudud-Bersedia-atau-belum#ixzz31UG9fAJH
© Utusan Melayu (M) Bhd
© Utusan Melayu (M) Bhd
Di dalam artikel berkenaan penulis juga menegaskan pemahaman
berkenaan hudud ini harus dibuat di peringkat akar umbi meliputi orang islam
dan bukan islam supaya tidak berlaku kekeliruan pada masyarakat. Kewujudan masyarakat
Malysia yang berbilang bangsa dan agama ini juga haruslah diambil kira dan
pelbagai aspek lain yang harus turut sama ditekankan dalam pelaksanaan hudud
ini.
Kajian yang lebih mendalam harus dijalankan sepertimana saranan Tun Dr Mahathir
Mohamad sepertimana yang disebut di dalam artikel Utusan Malaysia 18 APRIL
2014. Beliau menegaskan Pelaksanaan hukum hudud perlu dikaji secara mendalam
dengan meletakkan keutamaan kepada prinsip keadilan supaya undang-undang Islam
itu tidak dilihat terlalu menitikberatkan soal menghukum.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140418/dn_20/Kaji-sebelum-laksana-hudud---Dr-Mahathir#ixzz31UKRQ9B0
© Utusan Melayu (M) Bhd
Persoalan-persoalan mengenai hukum hudud ini juga harus
dijawab dan dikaji supaya ianya tidak menimbulkan permasalahan di masa hadapan.
Pelaksanaanya harus benar-benar meyakinkan semua pihak terutama mereka yang
bukan islam meskipun hokum hudud ini hanya dikenakan kepada orang Islam sahaja.
Seperti artikel yang ditulis oleh Eric Paulsen berkenaan 20
persoalan untus PAS berkenaan hudud (HUDUD: 20 QUESTION FOR PAS),penerangan
dan penjelasan yang jitu diperlukan bagi menjawab setiap persoalan yang
dibangkitkan berkenaan hudud ini.
Artikel penuh:
http://www.freemalaysiatoday.com/category/opinion/2014/05/11/hudud-20-questions-for-pas/
Sebagai umat Islam kita meyakini bahawasanya hukum Allah adalah
yang paling sempurna dan kita harus menepis persoalan-persoalan yang dilihat
cuba merendah rendahkan kesucian Islam. Bagaimanapun,
saya dan anda percaya bahawa pemimpin-pemimpin Malaysia dari pihak kerajaan
mahupun pembangkang mempunyai buah fikiran yang terbaik mengenai hal ini. Sepertimana
yang dituntut di dalam Islam,kedua-dua pihak harus bermusyawarah dan mencari penyelesaian terbaik
tanpa memikirkan kepentingan politik masing-masing.
Seperti firman ALLAH
: Dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan itu, kemudian apabila kamu
telah membulatkan tekad, maka bertawakal kepada Allah. Sesungguhnya Allah
menyukai orang-orang yang bertawakkal kepadaNya” [Ali-Imran : 159]
Jika benar-benar ikhlas ingin melaksanakan hudud ini, insyaAllah, Allah akan menolong di dalam apa jua situasi kerana Dialah sebenar-benar penolong dan pelindung dan hanya denagan keizinanNya jualah Sesutu itu berlaku di atas muka bumi ini.
“Dan benda-benda yang kamu sembah selain Allah, tidak akan
dapat menolong kamu, bahkan tidak dapat menolong dirinya sendiri.” (Al-A’raf:197)
No comments:
Post a Comment