Tuesday 27 May 2014

PERGILAH DENGAN AMAN...

Assalamualaikum…

Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh. Dan kalau mereka beroleh kebaikan (kemewahan hidup), mereka berkata: "Ini adalah dari sisi Allah", dan kalau pula mereka ditimpa bencana, mereka berkata:" Ini adalah dari (sesuatu nahas) yang ada padamu". Katakanlah (wahai Muhammad): "Semuanya itu (kebaikan dan bencana) adalah (berpunca) dari sisi Allah". Maka apakah yang menyebabkan kaum itu hampir-hampir tidak memahami perkataan (nasihat dan pengajaran)? (Surah an-Nisa': 78)


Sesiapa sahaja  di dunia ini pasti akan merasai mati. Bezanya cuma di mana dan bila mati itu akan tiba. Hari ini di dada akhbar terpampang berita tentang seorang anggota polis maut manakala seorang lagi parah selepas dirempuh penjenayah yang menaiki sebuah kereta dalam kejadian di Jalan Alor Pongsu, Perak jam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1 petang itu, Lans Koperal Mohd Azuan Abdullah, 25, dari Unit Ronda Bermotosikal (URB) Balai Polis Kuala Kurau meninggal dunia di tempat kejadian setelah mengalami  cedera parah di kepala, dada dan beberapa bahagian badan akibat tercampak dari motosikal yang ditunggangnya.

Mohd Azuan dan rakannya menaiki motosikal Kawasaki Ninja Unit Ronda Bermotosikal (URB) mengejar sebuah kereta Toyota Wish dinaiki tiga penjenayah yang dipercayai terbabit dalam rompakan van rokok di Jalan Bagan Serai-Alor Pongsu. Bagaimanapun, secara  tiba-tiba mangsa dilanggar dari arah belakang oleh sebuah kereta lain dipercayai jenis Honda Civic yang dipercayai dinaiki rakan suspek sehingga menyebabkan mangsa tercampak kira-kira 50 meter ke dalam parit.

Mohd Azuan dijangka akan melangsungkan perkahwinan bersama pasangannya, Norfaizah Mohd Rejab, 22 dalam 2 hari lagi iaitu pada 1 Jun ini. Kelmarin merupakan hari terakhir Mohd Azuan, yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Kerian, bekerja sebelum bercuti panjang untuk berkahwin.Tunang mangsa yang menerima berita kematian bakal suaminya hampir pitam namun tetap reda dengan pemergian arwah.

Jenazah mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh untuk bedah siasat malam tadi sebelum di hantar ke Tanah Perkuburan Islam Kampung Batu 27, Kulaijaya, Johor untuk dikebumikan.
Namun begitu, pihak polis masih mengesan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu sehingga berlaku kematian.

Sebelum menutup kalam, Abe Mat doakan agar arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.Amin.Kepada keluarga arwah, moga mereka reda dan tabah atas ujian kehilangan orang tersayang.


Di sini, Abe Mat tinggalkan video klip menarik ini untuk semua. Sama-sama kita hayati.Assalamualaikum..
^_^



SUMBER : BERITA HARIAN, UTUSAN MALAYSIA

No comments:

Post a Comment