Sunday, 18 May 2014

PRK TELUK INTAN: PILIH CALON YANG LAYAK

Bismillahirrahmanirrahim…

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia !


Proses Penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan ditutup pada jam 10 pagi tadi apabila calon dari Barisan Nasional (BN) Datuk Mah Siew Keong mengemukakan borang pencalonannya bersama calon dari pihak lawan Dyana Sofya Mohd Daud calon dari DAP di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Perak.



Datuk Mah Siew Keong (Calon BN)



Dyana Sofya Mohd Daud (Calon DAP)

 

Melalui pembacaan abe mat dari akhabar-akhbar dan blog-blog tempatan, ramai yang mempersoalkan keputusan pihak tertinggi DAP yang mengumumkan Dyana Sofya sebagai calon DAP bagi PRK Parlimen Teluk Intan. Ada pihak yang mengatakan pencalonan Dyana sebagai calon dalam PRK Teluk Intan adalah taktik DAP untuk memancing undi daripada rakyat. Ketua Puteri UMNO, Mas Ermieyanti berkata tidak salah jika DAP meletakkan calon muda atau dalam kalangan wanita tetapi biarlah calon itu mempunyai hala tuju dalam politik dan dapat berkhidmat kepada rakyat. Quote ni abe mat ambil dari surat khabar sinar harian edisi 16 mei 2014.  

Abe mat pun terfikir ada betul juga apa yang dikatakan oleh Mas Ermieyanti tu. Sesebuah parti politik perlulah memastikan calon yang bertanding itu mengetahui selok belok berkaitan politik dan yang paling penting perlu tahu peranannya kepada rakyat jika menang dalam PRK. Jangan pula hanya tahu menabur janji ketika berkempen, tetapi tidak mengotakan apa yang telah dijanjikan.

Walau bagaimana pun, bagi abe mat tidak kira la kemenangan bagi parti BN ataupun parti DAP dalam PRK Teluk Intan. Pesan abe mat buat pengundi-pengundi Teluk Intan, undilah calon yang anda rasa boleh berkhidmat untuk rakyat, jangan memangkah calon kerana rupa paras, jangan memangkah calon yang hanya menabur janji kosong. Sesungguhnya undi di tangan anda.

Pesan abe mat bagi parti yang menang pula, jalankanlah tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan sebaik-baiknya. Jangan hampakan harapan pengundi-pengundi yang telah mengundi anda untuk memperjuangkan hak mereka sebagai rakyat. Firman Allah swt dalam Al-Quran:


يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا تَخُونُواْ ٱللَّهَ وَٱلرَّسُولَ وَتَخُونُوٓاْ أَمَـٰنَـٰتِكُمۡ وَأَنتُمۡ تَعۡلَمُونَ

maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan Rasulnya dan (Janganlah) kamu menkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya)" surah al-anfal ayat 27.


Setakat ini dahulu post abe mat pada hari ini, segala yang baik itu datang dari Allah swt dan segala kekurangan itu datang dari kelemahan diri abe mat sendiri.





Sikap PM harus di puji

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia...

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengotakan janji beliau untuk hadir pada majlis kenduri kesyukuran sempena perkahwinan anak bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said di kediamannya di Teluk Kalong. 

Datuk Seri Najib berjanji untuk hadir majlis perkahwinan anak bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said

Ketibaan Perdana Menteri kira-kira pukul 1.10 petang disambut oleh Ahmad serta isterinya, Toh Puan Seri Norliza Mahmud dalam suasana penuh mesra bersama ribuan tetamu dan  ini sekaligus menafikan tuduhan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli pada pagi Sabtu yang mendakwa Datuk Seri Najib mungkir janji tidak akan hadir pada majlis perkahwinan Ahmad Said.

Rafizi kemungkinan membuat kesimpulan itu apabila melihat Najib sibuk mengumumkan dividen Dana Peladang Kebangsaan serta Kelab 1Azam di Pekan, Pahang selain dilaporkan akan berlepas ke Dubai untuk lawatan kerja pada hari ini. Malah, sebuah portal pro pembangkang juga membuat dakwaan sama kerana percaya Najib sudah ke Dubai tetapi menarik semula berita itu selepas menyedari Perdana Menteri masih berada di Pekan, pagi Sabtu.


Dalam jadualnya yang padat, PM masih sempat meluangkan masa lebih sejam meraikan pasangan pengantin baharu itu di samping menikmati hidangan bersama Ahmad serta para pembesar dan kenamaan lain. Turut hadir, Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Khalil Yaakob; Menteri Besar, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman dan isteri, Toh Puan Halina Zakaria; Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh dan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Pada majlis itu, Perdana Menteri mendahului upacara merenjis tepung tawar kepada pasangan pengantin dan disusuli majlis makan beradab di pekarangan kediaman Ahli Dewan Undangan Negeri Kijal.





Gambar sekitar majlis perkahwinan

Majlis perkahwinan pasangan itu menjadi perhatian setelah dikaitkan sebagai punca berlakunya salah faham antara Ahmad dengan Perdana Menteri berhubung proses peralihan pucuk pimpinan sehingga menyebabkan Ahmad memutuskan keluar parti, Isnin lalu. Ahmad dilaporkan berkata, Perdana Menteri menganggap soal perkahwinan adalah soal peribadi tanpa menyedari bahawa majlis kedua akan dilangsungkan pada hari ini sedangkan baginya ia cukup penting dan juga melibatkan maruahnya. Bagaimanapun Rabu lalu, dalam pertemuan semula dengan Najib, Ahmad memohon maaf atas keterlanjurannya dan beliau bersama dua lagi Ahli Dewan Undangan Negeri kembali bersama UMNO.


Apa yang dapat kita lihat ialah, pihak pembangkang sedaya upaya mencari topik serta mengelirukan rakyat untuk menampakkan keburukan Datuk Seri Najib, dan ini adalah salah satu usaha permainan politik yang dimainkan oleh pembangkang. Sikap Datuk Seri Najib dianggap profesional kerana walaupun terdapat sedikit salah faham dengan Datuk Seri Ahmad Said , namun beliau dapat menyelesaikannya  dengan bijak. Sikap sebegini haruslah dicontohi oleh pemimpin lain, walau di cemuh, di hina namun mampu tersenyum serta hadir di majlis yang gilang-gemilang itu. Di zaman Rasulullah dahulu, sikap kepimpinan serta keperibadian Rasulullah s.a.w telah mengubah hati musuh baginda sendiri. Mereka yang membenci Rasulullah terpegun dengan akhlak bagnda sehinggalah mereka memeluk agama Islam. 

Maka, abe Mat fikir sikap mengada-adakan cerita serta menyabarkan fitnah ini langsung tidak memberikan apa-apa kesan serta manfaat kepada masyarakat, malah masyrakat haruslah memuji serta mencontohi sikap PM yang memegang pada janji dan bersikap profesional tanpa mengira perselisihan yang berlaku. Itu sahaja yang dapat abe mat kongsikan pada hari ini, nasihat abe mat segala maklumat yang diperolehi haruslah disiasat terlebih dahulu sebelum menelan serta mempercayainya. 

Wednesday, 14 May 2014

TEGANU KITE...

Assalamualalaikum…

Kemelut politik di Terengganu  telah menjadi isu panas di media massa kini apabila peletakan jawatan sebagai menti besar Terengganu oleh Datuk Seri Ahmad Said. Ekoran dari peletakan jawatan Datuk Ahmad Said, Adun Ajil, Ghazali Talib dan Roslee Daud (Adun Bukit Besi)  turut meletakkan jawatan mereka sebagai ahli UMNO. Hal ini telah menggemparkan masyarakat Malaysia khususnya mereka yang terlibat di dalam Majlis Tertinggi UMNO dan juga rakyat Terengganu itu sendiri.

Namun begitu, peletakan jawatan Adun Bukit Besi tidak lama apabila beliau telah menarik semula surat keluar UMNO selepas dinasihati rakan-rakan seperjuangan beliau.

Jawatan MB telah diganti dengan Menteri Besar Terengganu yang baharu iaitu,Datuk Ahmad Razif  dan berkuat kuasa 12 Mei. Datuk Razif  yang merupakan Adun Takir telah mengangkat sumpah sebagai MB Terengganu ke- 14 di hadapan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Syarqiyyah , Kuala Terengganu. (Sinar Harian, 14 MEI 2014).

Peletakan jawatan mereka yang terlibat menjadikan kedudukan BN di Terengganu sebanyak 15 kerusi manakala pembangkang juga memegang jumlah kerusi yang sama iaitu sebanyak 15 kerusi. kekuatan kerajaan BN ada pada satu undi penentu pada speaker yang mana speaker dikira sebagai wakil kepada kerajaan negeri yang memerintah dengan kedudukan kerusi 16: 15:2.

Konklusi daripada apa yang berlaku, Abe Mat harap akan wujud penyelesaian terbaik untuk Terengganu. Semoga dengan pelantikan Datuk Razif sebagai Menteri Besar Terengganu yang baharu ini dapat terus membela nasib rakyat Terengganu dan membawa negeri ini terus berkembang maju pada masa yang mendatang. Sekian dulu, dari Abe Mat... Assalamualaikum..^_^

Datuk Ahmad Said (Bekas MB Terengganu)
Adun Bukit Besi, Roslee Daud menarik balik perisytiharan keluar UMNO






Monday, 12 May 2014

HUDUD: BERSEDIAKAH KITA?







Bismillahirrahmanirrahim…

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia…

Perdebatan mengenai hudud sedang hangat diperkatakan di media hari ini selepas kerajaan Pas Kelantan mahu membentangkan rang undang-undang persendirian di Dewan Rakyat. Pembentangan itu dijangka seawal-awalnya Jun ini atau selewat-lewatnya Disember 2014 bagi melaksanakan hukum Islam itu di Kelantan pada tahun hadapan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga menyatakan bahawa kerajaan dan UMNO tidak menolak hudud dan menyokong niat baik Pas untuk melaksanakannya dengan membentang usul tersebut di Dewan Rakyat serta sedia mendengar penjelasan daripada Pas berhubung perkara tersebut.

Bagaimanapun, ianya mendapat tentangan daripada pihak bukan islam yang menytakan bangkangan mereka terhadap isu hudud ini. Ulasan mengenai hudud telah dijelaskan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Institut Antarabangsa Kajian Tinggi Islam (IAIS) Malaysia, PROF. DR. MOHAMED AZAM MOHAMED ADIL di dalam sebuah artikel di UTUSAN MALAYSIA pada 12 MEI 2014.

Artikel Penuh boleh dilihat disini:

Di dalam artikel berkenaan penulis juga menegaskan pemahaman berkenaan hudud ini harus dibuat di peringkat akar umbi meliputi orang islam dan bukan islam supaya tidak berlaku kekeliruan pada masyarakat. Kewujudan masyarakat Malysia yang berbilang bangsa dan agama ini juga haruslah diambil kira dan pelbagai aspek lain yang harus turut sama ditekankan dalam pelaksanaan hudud ini.

Kajian yang lebih mendalam harus dijalankan sepertimana saranan Tun Dr Mahathir Mohamad sepertimana yang disebut di dalam artikel Utusan Malaysia 18 APRIL 2014. Beliau menegaskan Pelaksa­naan hukum hudud perlu dikaji secara mendalam dengan meletakkan keutamaan kepada prinsip keadilan supaya undang-undang Islam itu tidak dilihat terlalu menitikberatkan soal menghukum.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140418/dn_20/Kaji-sebelum-laksana-hudud---Dr-Mahathir#ixzz31UKRQ9B0
© Utusan Melayu (M) Bhd

Persoalan-persoalan mengenai hukum hudud ini juga harus dijawab dan dikaji supaya ianya tidak menimbulkan permasalahan di masa hadapan. Pelaksanaanya harus benar-benar meyakinkan semua pihak terutama mereka yang bukan islam meskipun hokum hudud ini hanya dikenakan kepada orang Islam sahaja.

Seperti artikel yang ditulis oleh Eric Paulsen berkenaan 20 persoalan untus PAS berkenaan hudud (HUDUD: 20 QUESTION FOR PAS),penerangan dan penjelasan yang jitu diperlukan bagi menjawab setiap persoalan yang dibangkitkan berkenaan hudud ini.

Artikel penuh:
http://www.freemalaysiatoday.com/category/opinion/2014/05/11/hudud-20-questions-for-pas/




Sebagai umat Islam kita meyakini bahawasanya hukum Allah adalah yang paling sempurna dan kita harus menepis persoalan-persoalan yang dilihat cuba merendah rendahkan kesucian Islam.  Bagaimanapun, saya dan anda percaya bahawa pemimpin-pemimpin Malaysia dari pihak kerajaan mahupun pembangkang mempunyai buah fikiran yang terbaik mengenai hal ini. Sepertimana yang dituntut di dalam Islam,kedua-dua pihak harus  bermusyawarah dan mencari penyelesaian terbaik tanpa memikirkan kepentingan politik masing-masing.

Seperti firman ALLAH : Dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan itu, kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakal kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepadaNya” [Ali-Imran : 159]


Jika benar-benar ikhlas ingin melaksanakan hudud ini, insyaAllah, Allah akan menolong di dalam apa jua situasi kerana Dialah sebenar-benar penolong dan pelindung dan hanya denagan keizinanNya jualah Sesutu itu berlaku di atas muka bumi ini.

“Dan benda-benda yang kamu sembah selain Allah, tidak akan dapat menolong kamu, bahkan tidak dapat menolong dirinya sendiri.”  (Al-A’raf:197)

Monday, 5 May 2014

"SAYA TIDAK TAHU APA ITU GST".....

Perarakan dari KLCC ke Dataran Merdeka


Antara peserta-peserta perhimpunan


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM….

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM 1 MALAYSIA…

1 Mei 2014 dalam sejarah. Sejarah kebodohan rakyat Malaysia berulang lagi dengan mengadakan Demontrasi kononnya bagi membantah pelaksanaan GST yang berarak dari KLCC ke Dataran Merdeka. Rata-rata rakyat marhaen yang turun berdemo pada tarikh tersebut dikatakan tidak bersetuju dengan pelaksanaan GST tersebut kerana dikatakan ianya memberi impak yang negatif kepada rakyat keseluruhannya.

Abe Mat tergelak. Menonton sebuah video yang diupload di you tube tentang pandangan peserta demontrasi yang turun pada hari tersebut berkenaan GST. Lebih melucukan, apabila peserta demontrasi yang ditanya tidak tahu apa pun tentang apakah itu GST. Abe Mat terfikir, jadi untuk apa mereka berdemo?


tengok ni:  



Abe Mat fikir mereka ini hanya membuang masa, membuang tenaga dan membuang duit dengan menyertai demonstrasi seperti ini. Bagi Abe Mat daripada membuang masa pergi demonstrasi ada baiknya mereka ini melayari portal-portal kerajaan untuk mengetahui lebih lanjut tentang GST. Segala persoalan negatif diminda haruslah disalurkan terus ke portal kerajaan tersebut untuk mendapat feedback daripada mereka yang lebih arif tentang GST. 

Ini tidak, kebanyakan mereka hanya mengikut perasaan, terburu-buru dalam membuat keputusan tanpa mengetahui keadaan sebenar. Berdemo disana sini tanpa memikirkan impak negatif dan mencalarkan imej negara. 

Harapan Abe Mat agar rakyat malaysia tidak lagi berdemostrasi jalanan seperti ini untuk menyatakan ketidakpuasan hati terhadap kerajaan. Sebaliknya bertindak bijak dengan berdiskusi secara sihat dan mencari jalan penyelesaian terbaik dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Seharusnya kita menyokong usaha-usaha yang dilakukan oleh kerajaan demi pembangunan dan kesejahteraan negara tercinta ini.  

#FAHAMI GST#
#GST TIDAK MEMBEBANKAN RAKYAT#


Tuesday, 29 April 2014

KATAKAN TIDAK PADA DEMONTRASI HARAM!








Assalamualaikum dan salam 1 MALAYSIA...


PAS kini sedang melakukan kerahan tenaga dan mewajibkan setiap ahlinya supaya turun ke demontrasi haram yang di rancang akan diadakan di Dataran Merdeka pada 1 Mei 2014 nanti. Himpunan ini dijadual berlangsung disekitar Kuala Lumpur antara jam 2 hingga 5 petang dan kemudian bergerak ke Dataran Merdeka.


Alasan demontrasi untuk menentang usaha kerajaan melaksanakan GST sebenarnya tidak memberikan kelebihan kepada banyak pihak. Pada ketika rakyat mendesak kerajaan supaya memikirkan tentang kenaikan kos sara hidup maka perlaksanaan GST di lihat sebagai sebahagian daripada kaedah untuk memastikan rakyat tidak terus terbeban yang akan dilaksanakan pada April 2015.




Kesan Buruk

Ada yang berpandangan berhimpun itu suatu bentuk kebebasan yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan. Namun sejauh manakah keberkesanan pihak penganjur untuk menjamin demonstrasi yang dijalankan tidak akan mendatangkan kemudaratan kepada banyak pihak, khususnya rakyat di sekitar Kuala Lumpur. Jika kita amati, berdasarkan pengalaman lalu, perhimpunan seumpama ini telah mengundang terlalu banyak impak buruk kepada negara apabila demonstrasi dijalankan di jalanan. Pihak yang berkepentingan tentunya tidak meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan dalam hal ini.


Kalau disoroti pengalaman dahulu, pihak berkuasa seperti polis dan pasukan anti rusuhan seperti FRU dilabel sebagai tidak berperikemanusiaan terhadap aktivis yang berdemonstrasi. Wartawan asing dan media yang menyokong agenda perjuangan parti tertentu ternyata membuat liputan berat sebelah apabila hanya menyiarkan sedutan rakaman yang menggambarkan pihak berkuasa bertindak ganas menghuraikan perhimpunan yang diadakan.  

Kerugian Jutaan Ringgit

Antara aspek yang perlu diberi perhatian oleh golongan yang degil ini adalah kerugian yang bakal ditanggung banyak pihak jika demonstrasi haram ini diteruskan. Presiden Persatuan Pemandu Teksi Lembah Klang, Datuk Aslah Abdullah mendakwa seramai 21,000 pemandu teksi di Lembah Klang akan mengalami kerugian RM3.2 juta sehari. Itu baru pemandu teksi. Bayangkan berapa besar jumlah keseluruhan kerugian yang terpaksa ditanggung golongan peniaga dan individu di sekitar lokasi yang disasarkan pihak berkenaan untuk berdemo?



Akhbar Utusan Malaysia bertarikh 3 Ogos 2009 melaporkan, peniaga di sekitar ibu negara menanggung kerugian sekurang-kurangnya RM100 juta akibat demonstrasi membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang didalangi oleh pihak yang sama sehari sebelumnya. Menurut Menteri Wilayah Persekutuan, Senator Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin yang meninjau lokasi terbabit, anggaran awal jumlah kerugian itu dibuat berdasarkan aduan yang diterima daripada para peniaga. Peniaga di Lorong Tuanku Abdul Rahman sahaja, menanggung kerugian dianggarkan berjumlah RM3 juta.

Jangan Gadai Keharmonian Yang Ada

Biarpun mungkin kita saling berbeza pendirian politik, janganlah kita menggadaikan keharmonian dan keutuhan hubungan antara kaum yang terbina selama ini, demi mencapai matlamat politik sendiri melalui jalan singkat.


Hormatilah hak-hak rakyat yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan secara bersama. Menerusi Perlembagaan ini juga, kita dijamin untuk mengamalkan sistem demokrasi terpimpin. Justeru, tidak ada mana-mana individu mempunyai alasan yang lebih konkrit dan munasabah untuk menjadikan perhimpunan haram sebagai medium untuk menyuarakan ketidakpuasan hati, yang akhirnya akan membawa mudarat yang lebih besar kepada kestabilan politik, kesepaduan rakyat dan kedaulatan negara yang tercinta.


Untuk kesekian kalinya, Abe Mat ingin berpesan supaya tolaklah dan janganlah kita layani kumpulan pengacau yang hanya memperjuangkan kepentingan peribadi mereka.  Usahlah biarkan diri kita diperalat oleh golongan yang tidak tahu menghargai kestabilan dan keamanan negara ini semata-mata untuk mencapai matlamat mereka.



Kita rakyat di bumi tercinta, Malaysia tidak sanggup dijajah minda, apa tah lagi kuasa asing. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh – Malaysia tetap di hati,  biar di mana kita berada.

SOURCE: 




Sunday, 20 April 2014

Bahaya Islam Liberal

Assalamualaikum w.b.t...

Dewasa ini, Abe Mat lihat terlalu banyak kepercayaan dan ajaran sesat menular dalam masyarakat kita. Bahkan ada yang berani tampil membuat fatwa serta mengeluarkan hukum melalui logik akal tanpa merujuk Al-Quran, Hadis mahupun ijmak Ulama'. Bercakap soal Islam Liberal mungkin ramai yang tidak tahu maksud sebenar Islam Liberal. Islam Liberal adalah satu fahaman sesat yang berpunca dari sifat tidak yakin diri,merasa rendah diri (inferiority complex) dan mengagung-agungkan gaya pemikiran Barat oleh segolongan orang Islam.
Menurut Kamus Dewan (DBP. Kuala Lumpur 1994), perkataan Liberal didefinisikan sebagai :
1. (bersifat) condong kepada kebebasan dan pemerintahan yang demokratik (misalnya menentang hak-hak keistimewaan kaum bangsawan), (fahaman) bebas.
2. bersifat atau berpandangan bebas, berpandangan terbuka (tidak terkongkong kepada sesuatu aliran pemikiran dan sebagainya).

Merujuk kepada definisi di atas, Islam sememangnya sebuah agama yang liberal. Ia membebaskan manusia daripada belenggu penyembahan sesama makhluk, bahkan juga membebaskan manusia daripada penindasan, kezaliman dan penghinaan sesama manusia. Islam juga memiliki dasar yang terbuka terhadap peradaban manusia selagi mana ia tidak melibatkan syirik yang menyekutukan Allah, perbuatan yang menyalahi syari‘at-Nya dan kepercayaan kurafat yang merendahkan kedudukan manusia sehingga ke taraf kebinatangan.

Jadi, apakah yang dimaksudkan dengan Islam Liberal? Maksudnya penambahan kata ‘Liberal’ pada Islam yang sudah sememangnya liberal adalah sesuatu yang diada-adakan, bersifat tidak tulen dan meniru-niru pengaruh luar serta menunjukkan unsur-unsur tidak memahami seluruh konsep dalam Islam itu sendiri. Golongan Islam Liberal yang rata-ratanya terdiri dari lulusan agama, pengamal undang-undang dan cendekiawan ini cuba mengubah konsep di dalam ajaran Islam itu sendiri. Mereka bagaikan ‘mengedit’ syariat Islam di sana-sini sesuka hati berdasarkan hujah-hujah mereka yang terhasil dari gabungan fahaman sekular dan Darwinisme yang berdasarkan logik akal semata.

Golongan ini akan berusaha menghapuskan unsur-unsur bersifat ritual (tawaf,solat,mencium batu Hajar Aswad) dan mistik (ghaib-seperti syurga dan neraka,azab kubur dll) dalam Islam malah mengatakan itu semua karut dan tahyul serta menjadi penyebab fikiran menjadi jumud dan mundur, padahal pada masa yang sama mereka menghormati unsur-unsur ritual agama lain seperti Hindu dan Buddha.Mereka lama kelamaan seolah-olah bersikap ateis apabila hanya mengambil bahagian-bahagian yang pada mereka sesuai dengan pandangan sekular Barat dan kehidupan moden hari ini.

Unsur-unsur mistik seperti Tuhan,syurga dan neraka, azab kubur, padang mahsyar, kiamat dan lain-lain akhirnya dikatakan sekadar simbolik sahaja.Kini, gerakan terancang musuh Islam melalui 'Islam Liberal' mula menampakkan hasilnya apabila satu demi satu doktrin Islam berjaya dineutralkan oleh mereka..bermula dgn membenarkan terjemahan god kpd Allah,kemudian tiada agama yg boleh mendakwa hanya Ia sahaja agama yg benar & terkini mendoakan kesejahteraan kpd mayat bukan Islam melalui perkataan 'rest in peace' pula akan dikaji untuk kegunaan umum..agenda iblis memurtadkan umat Islam semakin hebat..ayuh bangkit mempertahankan kalimah tauhid.


Ancaman Islam liberal kini amat serius kerana ia melibatkan secara menyeluruh di semua peringkat dari barisan kepimpinan dan pengurusan sama ada dalam politik, sosial, budaya, ekonomi dan agama itu sendiri hingga kepada individu. "Ia berbahaya kerana mereka memperjuangkan prinsip kebebasan dan rasional akal tanpa batasan," katanya. Menurut Zamihan, kebebasan bersandarkan logik atau rasional secara terbuka tanpa had bukan sahaja menyimpang daripada landasan Islam malah melampaui syariat dan prinsip dalam al-Quran dan al-Sunnah itu sendiri.