Wednesday, 28 May 2014

ISU COKLAT HARAM: TANGGUNGJAWAB PENGGUNA ISLAM










Kedengaran agak melucukan bukan? Orang lain pun protes juga, tapi janganlah sampai menunjukkan kebodohan diri sendiri. Kita boleh membantah ke atas apa yang berlaku itu. Tetapi biarlah secara rasional dan sebagai seorang orang Islam yang cerdik dan fatanah. Bukan kerana luapan emosi. Pelbagai pihak telah mendesak kerajaan untuk menyaman syarikat berkenaan malah ada juga yang mahu syarikat berkenaan dihentikan operasinya.


Ada juga pihak yang menuduh JAKIM selaku pengeluar sijil halal melakukan penyelewengan dan bersikap bagai melepaskan batuk di tangga dalam proses pengeluaran sijil halalnya kepada produk-produk. Rentetan peristiwa ini, telah tersebar di lama-laman sosial tentang pelbagai lagi produk yang dikatakan haram dan turut mengandungi DNA babi. 

SINAR HARIAN: 28 MEI 2014



Bagi “Mengembalikan Hak Dan Maruah Kita Dengan Bijaksana”, logiknya kita haruslah sedaya upaya mengutamakan produk Islam, Halal dan buatan tempatan. Hanya dalam keadaan tiada pilihan dan darurat sahaja kita harus menggunakan produk lain. Kalaupun darurat, kita harus mempunyai tempoh tamat tertentu. Tidaklah patut dikatakan darurat bagi kita menggunakan sesuatu produk yang tiada jaminan halal selama 49 tahun atas tiada produk Islam dan alasan ianya darurat. Konsep darurat sebenarnya menggalakan Umat Islam agar berusaha untuk sentiasa memajukan diri dalam mana-mana industri demi kepentingan Ummah.

Harus juga difahami bahawa di Malaysia setakat ini tiada sebarang Akta Halal bagi mengawal kegiatan penipuan terhadap umat Islam. Oleh yang demikian umat Islam harus tambah berhati-hati sebelum membeli dan hasrus megambil perkara ini sebagai perkara amat penting.

Dalam konteks ini siapakah yang hendak memberi jaminan kepada kita jika orang bukan Islam, yang tidak faham Islam menyalah gunakan logo halal. Kita perlu bertanggung jawab sepenuhnya terhadap apa kita dan keluarga kita makan dan tidak boleh menyalahkan sesiapa jika kita termakan barang haram yang dikeluarkan oleh orang bukan Islam terutama kerana setelah penggunaan sijil halal hari ini terdedah kepada banyak penyelewengan dan penipuan.


Oleh itu, sudah tiba masanya masyarakat Malaysia lebih berhati-hati dalam soal pemilihan barangan terutama berkaitan dengan makanan. Pun begitu, dalam soal kepenggunaan ini kedua-dua pihak (penguasa dan pengguna) seharusnya lebih bersikap telus dan terbuka dalam soal halal dan haram ini kerana ia sentiasa berkait dengan akidah dan kesucian umat Islam. Sebagai umat Islam, kita yakin bahawasanya setiap permasalahan sebegini boleh diatasi sekiranya Al-Quran dan Al-Sunnah sentiasa menjadi rujukan utama kita. Wallahua’lam….




SUMBER:
















Tuesday, 27 May 2014

PERGILAH DENGAN AMAN...

Assalamualaikum…

Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh. Dan kalau mereka beroleh kebaikan (kemewahan hidup), mereka berkata: "Ini adalah dari sisi Allah", dan kalau pula mereka ditimpa bencana, mereka berkata:" Ini adalah dari (sesuatu nahas) yang ada padamu". Katakanlah (wahai Muhammad): "Semuanya itu (kebaikan dan bencana) adalah (berpunca) dari sisi Allah". Maka apakah yang menyebabkan kaum itu hampir-hampir tidak memahami perkataan (nasihat dan pengajaran)? (Surah an-Nisa': 78)


Sesiapa sahaja  di dunia ini pasti akan merasai mati. Bezanya cuma di mana dan bila mati itu akan tiba. Hari ini di dada akhbar terpampang berita tentang seorang anggota polis maut manakala seorang lagi parah selepas dirempuh penjenayah yang menaiki sebuah kereta dalam kejadian di Jalan Alor Pongsu, Perak jam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1 petang itu, Lans Koperal Mohd Azuan Abdullah, 25, dari Unit Ronda Bermotosikal (URB) Balai Polis Kuala Kurau meninggal dunia di tempat kejadian setelah mengalami  cedera parah di kepala, dada dan beberapa bahagian badan akibat tercampak dari motosikal yang ditunggangnya.

Mohd Azuan dan rakannya menaiki motosikal Kawasaki Ninja Unit Ronda Bermotosikal (URB) mengejar sebuah kereta Toyota Wish dinaiki tiga penjenayah yang dipercayai terbabit dalam rompakan van rokok di Jalan Bagan Serai-Alor Pongsu. Bagaimanapun, secara  tiba-tiba mangsa dilanggar dari arah belakang oleh sebuah kereta lain dipercayai jenis Honda Civic yang dipercayai dinaiki rakan suspek sehingga menyebabkan mangsa tercampak kira-kira 50 meter ke dalam parit.

Mohd Azuan dijangka akan melangsungkan perkahwinan bersama pasangannya, Norfaizah Mohd Rejab, 22 dalam 2 hari lagi iaitu pada 1 Jun ini. Kelmarin merupakan hari terakhir Mohd Azuan, yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Kerian, bekerja sebelum bercuti panjang untuk berkahwin.Tunang mangsa yang menerima berita kematian bakal suaminya hampir pitam namun tetap reda dengan pemergian arwah.

Jenazah mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh untuk bedah siasat malam tadi sebelum di hantar ke Tanah Perkuburan Islam Kampung Batu 27, Kulaijaya, Johor untuk dikebumikan.
Namun begitu, pihak polis masih mengesan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu sehingga berlaku kematian.

Sebelum menutup kalam, Abe Mat doakan agar arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.Amin.Kepada keluarga arwah, moga mereka reda dan tabah atas ujian kehilangan orang tersayang.


Di sini, Abe Mat tinggalkan video klip menarik ini untuk semua. Sama-sama kita hayati.Assalamualaikum..
^_^



SUMBER : BERITA HARIAN, UTUSAN MALAYSIA

Monday, 26 May 2014

HARIMAU MALAYA ‘KALAH BERMARUAH’

Bismillahirrahmanirrahim…

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia…

Piala Thomas telah pun melabuhkan tirai malam semalam apabila impian rakyat Malaysia untuk menyaksikan Piala Thomas kembali ke Kuala Lumpur buat kali pertama dalam tempoh 22 tahun tidak kesampaian apabila Malaysia tewas 2-3 kepada Jepun pada aksi final di Stadium Siri Fort, New Delhi. Liew Daren yang turun di perlawanan penentuan gagal mengutip mata kemenangan selepas kecundang 12-21, 21-18 dan 17-21 kepada perseorangan ketiga Jepun, Takuma Ueda.


Liew Daren 

Walaupun pasukan Harimau Malaya dikalahkan oleh pasukan dari negara Matahari Terbit, namun, abe mat yakin pasukan negara kita kalah dalam keadaan bermaruah kerana kesemua pemain Malaysia yang diketuai oleh Datuk Lee Chong Wei berjuang habis-habisan dalam perlawanan semalam. Syabas abe mat ucapkan kepada pemain-pemain Malaysia.

Kelihatan juga Menteri Belia dan Sukan, Datuk Khairy Jamaluddin turut hadir di Stadium Siri Fort untuk sama-sama memberi semangat kepada pemain-pemain Malaysia. Pada hemah abe mat, semangat KJ yang berjiwa belia ini perlu dipuji dan dicontohi oleh menteri-menteri yang lain kerana sanggup turun padang bersama-sama rakyat untuk menyokong pasukan Malaysia. Semangat ini lah yang perlu ditunjukkan oleh pemimpin-pemimpin negara kepada rakyat.  


KJ menenangkan Liew Daren selepas dikalahkan oleh Takuma Ueda di Stadium Siri Fort
KJ bergambar bersama Datuk Lee Chong Wei


Sejarah Piala Thomas:

Piala Thomas yang diimpikan oleh pemain-pemain badminton

  • -        Kejohanan Piala Thomas ialah sebuah kejohanan utama badminton peringkat antarabangsa bagi berpasukan lelaki yang berlangsung setiap dua tahun sejak 1982.

  • -      Kejohanan ini diberi nama Piala Thomas bersempena dengan nama bekas Presiden BWF, Sir George Alan Thomas yang menderma piala ini pada tahun 1939.

  • -      Pertandingan pertama berlangsung pada 1948 hingga 1949 manakala acara bagi pasukan wanita pula diadakan pada tahun 1956 dan dikenali sebagai Piala Uber.

  • -      Pusingan kalah mati menentukan juara, lima perlawanan (tiga perseorangan dan dua beregu) pada setiap satu peringkat. Pasukan pertama yang berjaya memenangi tiga perlawanan pertama mara ke pusingan berikutnya.

  • -      Pemegang gelaran terbanyak Piala Thomas sekarang ialah Indonesia dengan 13 gelaran.


(Sumber: Wikipedia (http://ms.wikipedia.org/wiki/Piala_Thomas))  

Sunday, 25 May 2014

Fikir Sebelum Kritik

Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1 Malaysia.

Hari ni Abe Mat nak berkongsi dengan semua pembaca blog ni tentang isu panda yang heboh diperkatakan di media sosial mahupun media elektronik tentang pembaziran yang dikaitkan dengan kehadiran dua ekor panda dari China, Fu Wa dan Feng Yi. Rata-rata rakyat percaya, wang mereka digunakan oleh kerajaan untuk membayar kos dua haiwan itu. Lalu kerajaan pun dikecam bertalu-talu.

Sekali pandang, kecaman ini memang nampak beralas. Bawa masuk dua binatang yang hampir pupus dengan kos puluhan juta, memang kelihatan seperti membazir. Apa lagi ianya berlaku ketika kerajaan sedang bersiap sedia hendak melaksanakan GST pada tahun hadapan. Lalu mudahlah untuk diberatkan lagi tuduhan, GST gunanya untuk tanggung makan minum panda!
Dalam keadaan ini, rakyat seharusnya perlu tahu bahawa panda gergasi yang dipinjam dari China itu adalah bersempena menyambut ulangtahun hubungan diplomatik antara Malaysia- China yang ke-40.

Ketibaan panda bukan sahaja bertujuan meningkatkan hubungan dua hala antara kedua-dua negara tetapi juga meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pemuliharaan hidupan liar di kalangan orang ramai.

Tambahan pula, dengan kehadiran panda di zoo negara berkemungkinan besar mampu menarik lebih ramai pengunjung dan pelancong ke zoo negara. Pulangan yang besar boleh dijana oleh negara kita melalui kehadiran panda ini.

Berdasarkan pembacaan Abe Mat di media sosial, ramai orang yang tidak faham  mengapa kerajaan perlu meminjam panda daripada China dan akhirnya terpengaruh dengan tulisan-tulisan pembangkang yang memanipulasikan cerita panda ini. Secara mudah, siapa pun juga akan anggap kos yang dibayar untuk bawa masuk Fu Wan dan Feng Yi dari China sebagai membazir.

Namun bagi yang memahami akan makna, keperluan dan kewajaran langkah itu dari segi diplomatik dan signifikasinya pada hubungan dua hala, Cik Siti yakin darjat prasangka itu akan jauh berkurangan dan akan terhapus.




           

Wednesday, 21 May 2014

KENAIKAN TARIF ELEKTRIK

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...


Pengumuman mengenai kenaikan tarif yang diumumkan oleh Perdana Menteri pada 16 Mei lalu telah menjadi bualan hangat rakyat di Negara ini. Sejak beberapa hari lepas, media sosial menjadi riuh- rendah tentang Tenaga Nasional Berhad (TNB) menaikkan tarif elektrik .
Apabila berita ini mula tersebar di media sosial, ianya telah menimbulkan kemarahan dan kritikan keras pengguna di media sosial.

Justeru kemarahan dan penghinaan terhadap Perdana Menteri, kerajaan dan TNB sejak beberapa hari lepas  tidak lebih daripada tindakan orang malas membaca dan menyelidik tapi beranggapan mereka paling bijak mengulas.

Sudah menjadi kesukaan dan satu kenikmatan kepada pengguna internet untuk membelasah kerajaan Barisan Nasional atas apa sahaja isu yang dicipta oleh pembangkang sebelum menyelidiknya terlebih dahulu.. Tindakan sebegini bukan sahaja boleh melemahkan kerajaan tetapi juga negara kerana kita setiap masa akan berhadapan isu kebolehpercayaan dan curiga sehinggakan apa yang dibuat dan diumumkan oleh kerajaan dilihat sebagai tidak baik atau menindas rakyat.

Faktanya,  kita telah berbahas isu kenaikan tarif ini pada awal Januari lagi mengenai mengapa TNB untung tapi masih perlukan naikkan tarif. Ini kerana kos pelaburan diperlukan sangat tinggi bagi memastikan pembekalan elektrik mencukupi dan tidak mengalami gangguan. TNB juga sebagai syarikat yang melabur berbilion ringgit setiap tahun tidak boleh untuk mencatatkan keuntungan yang terlalu rendah. Ia akan menyebabkan syarikat utuliti ini berada dalam tidak stabil dan sukar mendapat bon antarabangsa dan dalam negeri bagi menjalankan pelaburan infra yang memerlukan kos berbilion ringgit.

Akhir kata Abe Mat ingin menasihatkan sentiasa menjadi orang yang bijak apabila berhadapan dengan situasi sebegini. Contohnya, apabila mendapat maklumat tentang sesuatu perkara yang kita tidak pasti kesahihannya jangan malas untuk mencari maklumat lengkap atau menghubungi pihak yang berkaitan bagi mengelakkan kita terpedaya dengan tipu helah dan fitnah daripada orang yang tidak bertanggungjawab. Sekian. Assalamualaikum.



Sumber: Kadar Tarif Bil Elektrik Naik Lagi Mulai 2014 Di Malaysia | melvister.com

Sumber:  http://alamijiwaparadox.blogspot.com/2014/05/cerita-sebenar-tentang-kenaikan-tarif.html

Tuesday, 20 May 2014

DAP TIDAK AKAN UBAH PENDIRIAN : PAS TETAP SOKONG CALON PRK TELUK INTAN












Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia…

Pendirian PAS terus digugat berikutan DAP mengugut untuk berpisah dari Pakatan Rakyat sekiranya PAS masih mahu meneruskan agendanya untuk melaksanakan hudud walaupun tanpa persetujuan DAP. Senario ini dilihat bangkit setelah calon DAP Teluk Intan, Dyana Sofia Mohd Daud yang juga seorang Melayu Islam memberi penegasan bahawasanya dia tetap akan menolak pelaksanaan hukum hudud tersebut selaras dengan perjuangan parti yang diwakilinya.

Bagaimanapun PAS digesa untuk menyatakan pendirian mereka secara telus dan tulus berkenaan isu tersebut biarpan PAS tidak kisah calon DAP tersebut menolak hudud. (Berita Harian, 20 MEI 2014).



“ Tidak timbul sebarang masalah untuk PAS memberi sokongan walaupun Dyana Sofia menolak hudud kerana dia memng lahir daripada DAP. Apa yang penting, persefahaman dalam Pakatan perlu diperkukuhkan. Isu mengenai perkara ini (hudud) akan diuruskan dengan baik”. Memetik ulasan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub seperti yang disiarkan di akhbar Berita Harian hari ini.
Namun begitu, menurut P Ramasamy, Timbalan Menteri 11 Pulau Pinang menegaskan bahawasanya DAP tetap tidak akan berganjak dari pendirian mereka.


“ Kita tegas dalam hal ini dan tidak akan benarkan hudud di dalam Negara ini. Jika usul ini diteruskan dan dan Barisan Nasional (BN) menyokong usaha itu, ia adalah penamat kepada hubungan DAP dengan PAS”. 


> sumber: BERITA HARIAN (20 MEI 2014.)

Sunday, 18 May 2014

PRK TELUK INTAN: PILIH CALON YANG LAYAK

Bismillahirrahmanirrahim…

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia !


Proses Penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan ditutup pada jam 10 pagi tadi apabila calon dari Barisan Nasional (BN) Datuk Mah Siew Keong mengemukakan borang pencalonannya bersama calon dari pihak lawan Dyana Sofya Mohd Daud calon dari DAP di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Perak.



Datuk Mah Siew Keong (Calon BN)



Dyana Sofya Mohd Daud (Calon DAP)

 

Melalui pembacaan abe mat dari akhabar-akhbar dan blog-blog tempatan, ramai yang mempersoalkan keputusan pihak tertinggi DAP yang mengumumkan Dyana Sofya sebagai calon DAP bagi PRK Parlimen Teluk Intan. Ada pihak yang mengatakan pencalonan Dyana sebagai calon dalam PRK Teluk Intan adalah taktik DAP untuk memancing undi daripada rakyat. Ketua Puteri UMNO, Mas Ermieyanti berkata tidak salah jika DAP meletakkan calon muda atau dalam kalangan wanita tetapi biarlah calon itu mempunyai hala tuju dalam politik dan dapat berkhidmat kepada rakyat. Quote ni abe mat ambil dari surat khabar sinar harian edisi 16 mei 2014.  

Abe mat pun terfikir ada betul juga apa yang dikatakan oleh Mas Ermieyanti tu. Sesebuah parti politik perlulah memastikan calon yang bertanding itu mengetahui selok belok berkaitan politik dan yang paling penting perlu tahu peranannya kepada rakyat jika menang dalam PRK. Jangan pula hanya tahu menabur janji ketika berkempen, tetapi tidak mengotakan apa yang telah dijanjikan.

Walau bagaimana pun, bagi abe mat tidak kira la kemenangan bagi parti BN ataupun parti DAP dalam PRK Teluk Intan. Pesan abe mat buat pengundi-pengundi Teluk Intan, undilah calon yang anda rasa boleh berkhidmat untuk rakyat, jangan memangkah calon kerana rupa paras, jangan memangkah calon yang hanya menabur janji kosong. Sesungguhnya undi di tangan anda.

Pesan abe mat bagi parti yang menang pula, jalankanlah tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan sebaik-baiknya. Jangan hampakan harapan pengundi-pengundi yang telah mengundi anda untuk memperjuangkan hak mereka sebagai rakyat. Firman Allah swt dalam Al-Quran:


يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا تَخُونُواْ ٱللَّهَ وَٱلرَّسُولَ وَتَخُونُوٓاْ أَمَـٰنَـٰتِكُمۡ وَأَنتُمۡ تَعۡلَمُونَ

maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan Rasulnya dan (Janganlah) kamu menkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya)" surah al-anfal ayat 27.


Setakat ini dahulu post abe mat pada hari ini, segala yang baik itu datang dari Allah swt dan segala kekurangan itu datang dari kelemahan diri abe mat sendiri.