Thursday, 24 October 2013

Kanun Jenayah Syariah (Hudud, Qisas dan Takzir)



Isu pelaksanaan Hudud di Malaysia muncul kembali minggu ini bila kerajaan Brunei mengumumkan akan melaksanakannya. kebetulan pula waktu ini sedang berlaku kempen Pilihan Raya Kecil di Sungai Limau, Kedah.

Seperti biasa, penyokong parti PAS dan sekutu mereka galak mencanangkan kebagusan Pemerintah Brunei kerana mahu melaksanakan Hudud berbanding Pemerintah Malaysia yang dituduh menolak Hudud. Tentera siber Pakatan Parti Pembangkang aktif meng'viral'kan isu ini sejak beberapa hari lepas.

Tetapi Abe Mat hairan kenapa puak ini sentiasa menyandarkan kesalahan kepada Kerajaan Pusat (parti UMNO terutamanya) apabila tidak berjaya melaksanakan sesuatu perkara misalnya Kanun Jenayah Syariah di Kelantan dan Terengganu. PAS telah berjanji untuk laksanakan Hudud di Kelantan sejak tahun 1990an lagi dimana pada tahun 1993 Kanun ini telah di bentang di Dewan Undangan Negeri Kelantan dan telah disokong sebulat suara oleh semua ADUN (PAS dan UMNO) yang ada pada masa itu. Namun sehinggakan hari ini Hudud tetap tidak dilaksana.

Antara alasan yang sering diberikan oleh PAS jika di soal tentang pelaksanaan Hudud di Kelantan ialah; mendapat tentangan Dr. Mahathir melalui sepucuk surat dan juga halangan perlembagaan. Alasan-alasan inilah yang diratib saban hari oleh PAS dan disebar luaskan kepada penyokong mereka.

Tetapi semua alasan tersebut menjadi tidak relevan, salah dan hanyalah berbentuk escapism semata-mata kerana Forum mengenai Hudud yang dianjurkan oleh Kerajaan Kelantan pada bulan Oktober 2011 telah membatalkan semua alasan tersebut. Forum yang dibarisi oleh Prof Aziz Bari, Datuk Mohamad Daud (Ketua Hakim Syar'ie Kelantan) dan Datuk Mohamad Daud Iraqi (Ketua Dewan Ulama PAS Kelantan) telah mendapat liputan meluas media termasuklah Harakah. Kesimpulan Forum ialah Kerajaan PAS Kelantan mesti melaksanakan Hudud sebagaimana yang dijanjikan kerana sudah 20 tahun tertangguh dan tiada alasan untuk tidak melaksanakan hukum tersebut.

Abe Mat ada dalam Forum tersebut dan hati berbunga-bunga kerana ingatkan bahawa Hudud akan dibuat serta merta selepas dari Forum tersebut. Namun ianya meleset kerana sehingga artikel ini ditulis, Hudud tetap tidak dilaksanakan di Kelantan dan Ustaz Nik Aziz sudah tidak jadi Menteri Besar lagi.

Maka timbul dalam hati Abe Mat bahawa Hudud ini mungkin umpan pilihan raya sahaja dan bukannya mauduk utama parti PAS. Tanpa pilihan raya maka tiadalah Hudud dan nampaknya hipotesis ini terserlah benar.

http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5852-hudud-boleh-dilaksana-di-kelantan

Monday, 30 September 2013

Komunis bahaya!


Kelmarin Abe Mat berbual dengan seorang kenalan di kedai makan. Beliau bukan main bercerita tentang perjuangan komunis di Negara kita yang disalah anggap. Kata beliau, komunis ni berjuang untuk menentang penjajah tapi sejarahnya telah dipesongkan.

Abe Mat pada mulanya tidak mahu mencelah tetapi apabila beliau mula melarat seolah-olah memuja komunis, maka sampai masa untuk menyampuk. Abe Mat berkata;“Komunisme itu anti Tuhan. Sesiapa yang mahu jadi pemimpin dalam komunis mesti berideologi komunisme iaitu salah satunya mengaku tiada Tuhan atau dengan kata lain Tuhan itu tidak wujud.. Kita orang Islam tidak boleh macam tu. Sebab itu Tok-Tok Guru Pondok dahulu tolak komunis sebab mereka tahu perjuangan yang tidak betul”. Abe Mat perhati air muka mamat tersebut terus kelat, tak bercakap banyak.


Abe Mat fikir yang ada janggut macam Abe Mat ni tolak komunis, rupanya ada yang sokong komunis..Adoi, apa sudah jadi orang Islam kita sekarang??   

Wednesday, 25 September 2013

Adik..Jangan Lupa Budi Bahasa

Hari ini dalam media maya kecoh isu seorang isteri kepada pemain bola sepak tersohor negara yang bergaduh dengan pengawal keselamatan airport Subang. Lebih menarik bila ramai yang memuat naik video insiden tersebut.


Abe Mat tidak mahu terus buat hukuman tanpa selidik terlebih dahulu. Cumanya apabila menonton video itu saya tertanya-tanya sejauh mana kesan ajaran budi bahasa dalam sanubari orang Melayu terutama dalam kalangan anak muda. Sama-sama kita cari jawapannya.