Tuesday 29 April 2014

KATAKAN TIDAK PADA DEMONTRASI HARAM!








Assalamualaikum dan salam 1 MALAYSIA...


PAS kini sedang melakukan kerahan tenaga dan mewajibkan setiap ahlinya supaya turun ke demontrasi haram yang di rancang akan diadakan di Dataran Merdeka pada 1 Mei 2014 nanti. Himpunan ini dijadual berlangsung disekitar Kuala Lumpur antara jam 2 hingga 5 petang dan kemudian bergerak ke Dataran Merdeka.


Alasan demontrasi untuk menentang usaha kerajaan melaksanakan GST sebenarnya tidak memberikan kelebihan kepada banyak pihak. Pada ketika rakyat mendesak kerajaan supaya memikirkan tentang kenaikan kos sara hidup maka perlaksanaan GST di lihat sebagai sebahagian daripada kaedah untuk memastikan rakyat tidak terus terbeban yang akan dilaksanakan pada April 2015.




Kesan Buruk

Ada yang berpandangan berhimpun itu suatu bentuk kebebasan yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan. Namun sejauh manakah keberkesanan pihak penganjur untuk menjamin demonstrasi yang dijalankan tidak akan mendatangkan kemudaratan kepada banyak pihak, khususnya rakyat di sekitar Kuala Lumpur. Jika kita amati, berdasarkan pengalaman lalu, perhimpunan seumpama ini telah mengundang terlalu banyak impak buruk kepada negara apabila demonstrasi dijalankan di jalanan. Pihak yang berkepentingan tentunya tidak meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan dalam hal ini.


Kalau disoroti pengalaman dahulu, pihak berkuasa seperti polis dan pasukan anti rusuhan seperti FRU dilabel sebagai tidak berperikemanusiaan terhadap aktivis yang berdemonstrasi. Wartawan asing dan media yang menyokong agenda perjuangan parti tertentu ternyata membuat liputan berat sebelah apabila hanya menyiarkan sedutan rakaman yang menggambarkan pihak berkuasa bertindak ganas menghuraikan perhimpunan yang diadakan.  

Kerugian Jutaan Ringgit

Antara aspek yang perlu diberi perhatian oleh golongan yang degil ini adalah kerugian yang bakal ditanggung banyak pihak jika demonstrasi haram ini diteruskan. Presiden Persatuan Pemandu Teksi Lembah Klang, Datuk Aslah Abdullah mendakwa seramai 21,000 pemandu teksi di Lembah Klang akan mengalami kerugian RM3.2 juta sehari. Itu baru pemandu teksi. Bayangkan berapa besar jumlah keseluruhan kerugian yang terpaksa ditanggung golongan peniaga dan individu di sekitar lokasi yang disasarkan pihak berkenaan untuk berdemo?



Akhbar Utusan Malaysia bertarikh 3 Ogos 2009 melaporkan, peniaga di sekitar ibu negara menanggung kerugian sekurang-kurangnya RM100 juta akibat demonstrasi membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang didalangi oleh pihak yang sama sehari sebelumnya. Menurut Menteri Wilayah Persekutuan, Senator Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin yang meninjau lokasi terbabit, anggaran awal jumlah kerugian itu dibuat berdasarkan aduan yang diterima daripada para peniaga. Peniaga di Lorong Tuanku Abdul Rahman sahaja, menanggung kerugian dianggarkan berjumlah RM3 juta.

Jangan Gadai Keharmonian Yang Ada

Biarpun mungkin kita saling berbeza pendirian politik, janganlah kita menggadaikan keharmonian dan keutuhan hubungan antara kaum yang terbina selama ini, demi mencapai matlamat politik sendiri melalui jalan singkat.


Hormatilah hak-hak rakyat yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan secara bersama. Menerusi Perlembagaan ini juga, kita dijamin untuk mengamalkan sistem demokrasi terpimpin. Justeru, tidak ada mana-mana individu mempunyai alasan yang lebih konkrit dan munasabah untuk menjadikan perhimpunan haram sebagai medium untuk menyuarakan ketidakpuasan hati, yang akhirnya akan membawa mudarat yang lebih besar kepada kestabilan politik, kesepaduan rakyat dan kedaulatan negara yang tercinta.


Untuk kesekian kalinya, Abe Mat ingin berpesan supaya tolaklah dan janganlah kita layani kumpulan pengacau yang hanya memperjuangkan kepentingan peribadi mereka.  Usahlah biarkan diri kita diperalat oleh golongan yang tidak tahu menghargai kestabilan dan keamanan negara ini semata-mata untuk mencapai matlamat mereka.



Kita rakyat di bumi tercinta, Malaysia tidak sanggup dijajah minda, apa tah lagi kuasa asing. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh – Malaysia tetap di hati,  biar di mana kita berada.

SOURCE: 




Sunday 20 April 2014

Bahaya Islam Liberal

Assalamualaikum w.b.t...

Dewasa ini, Abe Mat lihat terlalu banyak kepercayaan dan ajaran sesat menular dalam masyarakat kita. Bahkan ada yang berani tampil membuat fatwa serta mengeluarkan hukum melalui logik akal tanpa merujuk Al-Quran, Hadis mahupun ijmak Ulama'. Bercakap soal Islam Liberal mungkin ramai yang tidak tahu maksud sebenar Islam Liberal. Islam Liberal adalah satu fahaman sesat yang berpunca dari sifat tidak yakin diri,merasa rendah diri (inferiority complex) dan mengagung-agungkan gaya pemikiran Barat oleh segolongan orang Islam.
Menurut Kamus Dewan (DBP. Kuala Lumpur 1994), perkataan Liberal didefinisikan sebagai :
1. (bersifat) condong kepada kebebasan dan pemerintahan yang demokratik (misalnya menentang hak-hak keistimewaan kaum bangsawan), (fahaman) bebas.
2. bersifat atau berpandangan bebas, berpandangan terbuka (tidak terkongkong kepada sesuatu aliran pemikiran dan sebagainya).

Merujuk kepada definisi di atas, Islam sememangnya sebuah agama yang liberal. Ia membebaskan manusia daripada belenggu penyembahan sesama makhluk, bahkan juga membebaskan manusia daripada penindasan, kezaliman dan penghinaan sesama manusia. Islam juga memiliki dasar yang terbuka terhadap peradaban manusia selagi mana ia tidak melibatkan syirik yang menyekutukan Allah, perbuatan yang menyalahi syari‘at-Nya dan kepercayaan kurafat yang merendahkan kedudukan manusia sehingga ke taraf kebinatangan.

Jadi, apakah yang dimaksudkan dengan Islam Liberal? Maksudnya penambahan kata ‘Liberal’ pada Islam yang sudah sememangnya liberal adalah sesuatu yang diada-adakan, bersifat tidak tulen dan meniru-niru pengaruh luar serta menunjukkan unsur-unsur tidak memahami seluruh konsep dalam Islam itu sendiri. Golongan Islam Liberal yang rata-ratanya terdiri dari lulusan agama, pengamal undang-undang dan cendekiawan ini cuba mengubah konsep di dalam ajaran Islam itu sendiri. Mereka bagaikan ‘mengedit’ syariat Islam di sana-sini sesuka hati berdasarkan hujah-hujah mereka yang terhasil dari gabungan fahaman sekular dan Darwinisme yang berdasarkan logik akal semata.

Golongan ini akan berusaha menghapuskan unsur-unsur bersifat ritual (tawaf,solat,mencium batu Hajar Aswad) dan mistik (ghaib-seperti syurga dan neraka,azab kubur dll) dalam Islam malah mengatakan itu semua karut dan tahyul serta menjadi penyebab fikiran menjadi jumud dan mundur, padahal pada masa yang sama mereka menghormati unsur-unsur ritual agama lain seperti Hindu dan Buddha.Mereka lama kelamaan seolah-olah bersikap ateis apabila hanya mengambil bahagian-bahagian yang pada mereka sesuai dengan pandangan sekular Barat dan kehidupan moden hari ini.

Unsur-unsur mistik seperti Tuhan,syurga dan neraka, azab kubur, padang mahsyar, kiamat dan lain-lain akhirnya dikatakan sekadar simbolik sahaja.Kini, gerakan terancang musuh Islam melalui 'Islam Liberal' mula menampakkan hasilnya apabila satu demi satu doktrin Islam berjaya dineutralkan oleh mereka..bermula dgn membenarkan terjemahan god kpd Allah,kemudian tiada agama yg boleh mendakwa hanya Ia sahaja agama yg benar & terkini mendoakan kesejahteraan kpd mayat bukan Islam melalui perkataan 'rest in peace' pula akan dikaji untuk kegunaan umum..agenda iblis memurtadkan umat Islam semakin hebat..ayuh bangkit mempertahankan kalimah tauhid.


Ancaman Islam liberal kini amat serius kerana ia melibatkan secara menyeluruh di semua peringkat dari barisan kepimpinan dan pengurusan sama ada dalam politik, sosial, budaya, ekonomi dan agama itu sendiri hingga kepada individu. "Ia berbahaya kerana mereka memperjuangkan prinsip kebebasan dan rasional akal tanpa batasan," katanya. Menurut Zamihan, kebebasan bersandarkan logik atau rasional secara terbuka tanpa had bukan sahaja menyimpang daripada landasan Islam malah melampaui syariat dan prinsip dalam al-Quran dan al-Sunnah itu sendiri.

Sunday 13 April 2014

ISU KOYAK PASPORT - YANG DIKEJAR TAK DAPAT, YANG DIKENDONG KECICIRAN

Assalamualaikum, Salam 1 Malaysia…..

Hairan Abe Mat, masih ada lagi yang tak bersyukur tinggal di bumi Malaysia yang aman damai ni.  Kira-kira 500 orang telah bertindak ‘kurang bijak’ dengan mengoyak pasport masing-masing setelah berlepas ke Britain dengan mempercayai bahawa mereka boleh memohon untuk menjadi warganegara negara itu seperti yang dilaporkan media tempatan. Namun apa yang diharapkan tidak menjadi , ibarat yang dikejar tak dapat, yang dikendong pula berciciran.

Emm, hairan Abe Mat. Apa lagi yang mereka ini mahu. Kesemua 500 orang yang juga berbangsa Cina dari Pulau Pinang itu kini merempat di negara tersebut dan tidak lagi mempunyai kerakyatan yang sah di mana-mana negara. Kenapa mereka bertindak sedemikian juga, tidaklah Abe Mat begitu pasti. Namun, Abe Mat fikir mungkin mereka sudah tidak petah lagi untuk tinggal di bumi Malaysia. Maklumlah, kerajaan Malaysia zalim kata mereka.

Abe Mat lagi hairan, kerajaan yang dikatakan zalim ini jugalah yang menjalankan pemerintahan berdemokrasi, yang mana membenarkan rakyatnya mengundi untuk memilih pemimpin yang benar-benar layak. Kerajaan yang zalim ini jugalah yang memberikan bantuan kewangan kepada setiap isi rumah yang berpendapan rendah dan sederhana. Malah mereka jugalah yang membangunkan komuniti-komuniti untuk membantu pembangunan ekonomi penduduk.

Bertambah, tambah hairan Abe Mat golongan yang dikatan ditindas ini merupakan antara golongan yang memegang status sebagi orang yang paling kaya di Malaysia. Boleh dikatakann, 8/10 daripada individu terkaya di Malaysia adalah orang Cina. Tak percaya? Lihat ni: http://www.majalahniaga.com/10-orang-terkaya-di-malaysia-2013.html .

Perbuatan mereka ini mengundang pelbagai permasalahan. Ini memaksa campur tangan pelbagai pihak bagi menagani isu ini. Oleh itu, berfikirlah dahulu sebelum bertindak. Terlajak perahu boleh diundur, terlanjur perbuatan, tanggunglah sendiri. Abe Mat juga suka mengingatkan, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negara sendiri. Biarlah kita berhujan batu, sekurang-kurangnya kita masih hidup aman damai dibawah kerajaan yang adil biarpun kita berbeza bangsa mahupun agama.

Berikutan kejadian ini, timbul pula pihak yang bertungkuslumus untuk membantu mereka ini. ini memaksa Menteri Dalam Negeri mengeluarkan kenyataan berhubung isu ini: 



Menteri Dalam Negeri tidak pernah mengeluarkan sebarang surat untuk memberi kerakyatan kepada pemegang passport BOC melainkan berdasarkan jawapan kepada soalan Ahli Parlimen Tanjung, Y.B. Ng Wei Aik bertarikh 3 April 2014 yang telah disalah ertikan.  

Sehingga 11 April 2014, hanya tiga (3) orang pemegang pasport BOC telah diterima pulang oleh Kerajaan Malaysia. Ketiga-tiga mereka ini dikeluarkan dengan kemudahan Pas Residen dan bukan taraf kewarganegaraan. Jumlah yang didakwa seramai 1000 orang seperti dilaporkan dalam media adalah tidak benar.

Kerajaan Malaysia akan memberikan kemudahan Imigresen kepada sesiapa sahaja yang memerlukan sama ada rakyat Malaysia atau warga asing sejajar dengan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan.

Perlu ditegaskan bahawa pengeluaran Pas Residen kepada pemegang passport BOC sama sekali tidak bermaksud mereka diberikan taraf kewarganegaraan. Berdasarkan kepada model permohonan kewarganegaraan, seseorang bekas warganegara memerlukan sekurang-kurangnya 17 tahun untuk mendapatkan semula taraf kewarganegaraan Malaysia. 

Tempoh yang ditetapkan ini adalah intipati penting dalam menguruskan kepulangan bekas warganegara bagi memastikan mereka menumpahkan taat setia kepada Negara ini dan tidak sewenang-wenangnya mengulangi lagi perbuatan melepaskan kewarganegaraan seperti yang dilakukan sebelum ini.

Pemegang pasport BOC merupakan warganegara Malaysia yang telah memilih untuk melepaskan taraf kewarganegaraan Malaysia bagi membolehkan mereka memohon dan dipertimbangkan sebagai warganegara United Kingdom.

Kebanyakan daripada mereka sehingga kini menetap di United Kingdom dan masih menunggu keputusan dari pihak Kerajaan United Kingdom bagi permohonan mendapatkan taraf ke warganegaraan United Kingdom. 

Pada 4 Julai 2002, Kerajaan United Kingdom telah meminda British Nationality Act 1981 (BNA 1981). Berdasarkan kepada pindaan tersebut, seseorang pemegang pasport BOC dari Malaysia hanya boleh dipertimbangkan untuk diberikan taraf kewarganegaraan United Kingdom sekiranya mereka tersebut bukanlah lagi seorang warganegara Malaysia dan telah melepaskan atau dilucutkan kewarganegaraan Malaysia pada atau sebelum 4 Julai 2002. 

Berikutan pindaan tersebut, Kerajaan United Kingdom tidak lagi mempertimbangkan permohonan untuk mendapatkan taraf kewarganegaraan United Kingdom oleh pemegang pasport BOC dari Malaysia yang telah melepaskan atau dilucutkan kewarganegaraan Malaysia selepas 4 Julai 2002.

Dengan demikian, pemegang pasport BOC berkenaan tidak mempunyai pilihan selain dari pulang secara sukarela ke Malaysia atau bakal berdepan dengan tindakan ditangkap dan ditahan oleh pihak berkuasa Kerajaan United Kingdom. 

Kerajaan United Kingdom telah mengemukakan usul pada April 2011 untuk menghantar pulang pemegang passport BOC ke Malaysia. Setelah dikaji dan diadakan beberapa perbincangan di antara kedua-dua negara, Kerajaan Malaysia memberikan cadangan balas sepeti berikut:

a. Kerajaan Malaysia tidak akan memberikan taraf kewarganegaraan secara automatik kepada mereka namun, sebagai alternatif hanya akan mengeluarkan Pas Residen. Ini membolehkan pemegang pasport BOC berada di Malaysia secara sah selaras dengan peruntukan perundangan sedia ada iaitu Peraturan 16A, Peraturan-Peraturan Imigresen 1963. 

 Di bawah peruntukan ini, mana-mana bekas warganegara yang ingin berada di dalam negara boleh memohon Pas Residen sebagai kebenaran untuk tinggal di Malaysia dalam tempoh yang dibenarkan oleh Kerajaan Malaysia.

Kemudahan Pas Residen bagaimanapun tidak memberikan sebarang taraf kepada pemegang pasport BOC. Sekiranya pemegang pasport BOC yang kembali ke Malaysia dan memegang Pas Residen ingin mendapatkan kembali taraf kewarganegaraan, mereka perlu melalui proses yang sama se perti mana warga asing lain iaitu mengemukakan permohonan Permit Masuk, seterusnya permohonan taraf Pemastautin Tetap dan taraf Kewarganegaraan. 

b. Pas Residen ini perlu dipohon semasa berada di United Kingdom melalui Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di London. Mereka hanya boleh berlepas ke Malaysia setelah permohonan mereka diluluskan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM). Semua pemegang passport BOC yang diluluskan dengan Pas Residen disyaratkan menaiki penerbangan terus ke Malaysia.  

c. Pas Residen akan ditampal di dalam pasport BOC mereka sebaik tiba di pintu masuk dan sebelum mereka melangkah keluar dari terminal. Satu kaunter khas disediakan di KLIA bagi memudahkan mereka melapor diri.

Penyediaan kaunter khas ini juga memudahkan pihak JIM mengesan pemegang pasport BOC dan mengelakkan mereka masuk ke dalam negara tanpa pas yang sah. Ini adalah penting bagi memastikan pemegang pasport BOC tidak melanggar undang-undang imigresen dan menghadapi risiko ditahan kerana tidak memiliki suatu pas yang sah. Kaunter khas ini hanya dibuka pada hari ketibaan pemegang pasport BOC dan pihak Imigresen tidak pernah menyediakan laluan khas untuk mereka.

d. Seorang pegawai imigresen akan bertugas di KLIA ketika tarikh ketibaan pemegang BOC. Pegawai ini akan memastikan pemegang pasport BOC yang tiba dikeluarkan dengan Pas Residen dan diberikan taklimat mengenai peraturan yang ditetapkan kepada pemegang Pas Residen; dan

e. Atase Imigresen di United Kingdom, serta  pegawai-pegawai di Jabatan Imigresen Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri hendaklah memberikan khidmat nasihat sebelum dan selepas kepulangan pemegang pasport BOC sekiranya terdapat persoalan yang diajukan kepada mereka.

Secara keseluruhannya Kementerian Dalam Negeri tidak pernah menerima semula kerakyatan pemegang passport BOC sebegitu mudah seperti yang disebarkan di media. Malah Kementerian Dalam Negeri akan bertindak tegas dan mengikut prosedur-prosedur yang digariskan kerajaan Malaysia.


 YB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi
Ment‎eri KDN


Maklumat lanjut boleh tengok blog  ni   ~( http://azmyawangklanajaya.blogspot.com/2014/04/isu-1000-bangsa-cina-malaysia-koyak.html)

Monday 7 April 2014

Pemilik akaun FB hina DS Rosmah ditahan.

Assalamualaikum w.b.t


Alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi kerana masih diberi ruang dan kesempatan untuk Abe Mat menulis dan berkongsi sedikit berita yang menjadi perhatian ramai buat masa ini yang mana pemilik akaun Facebook, Syed Saifullah telah memuatnaik status menyatakan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor meninggal dunia selepas pesawat terhempas baru-baru ini dan beliau ditangkap di rumahnya di Seri Iskandar, Perak.

Suspek sebelum memuat naik status berbunyi “Dari Ia kita datang, dan dari Ia jugak kiter dikembalikan. Pesawat yang membawa isteri dan PM dalam perjalanan pulang dari Perth telah hilang dari radar dan dijumpai terhempas kat Lautan Sumatera Selatan. Al-fatihah” itu turut disertakan gambar Rosmah bersama rangka manusia yang disunting.



Sumber polis memberitahu, suspek yang berumur 25 tahun ditahan oleh sepasukan polis di kediaman suspek di Bandar Universiti, Seri Iskandar, Perak sekitar jam 12.10 pagi tadi.
Penahanan dibuat berdasarkan satu laporan polis yang dilakukan di Balai Polis Sentul berkenaan dengan penyebaran satu gambar cebisan daging mayat manusia yang dikatakan Datin Seri Rosmah Mansor.
Salinan report tangkapan adalah seperti berikut:
Tangkapan terhadap pemilik akaun facebook yang menunjukkan gambar cebisan daging dan terdapat wajah datin seri rosmah mansor - seri iskandar rpt 591/2014@ 0554
Pada 6 apr 2014 lebih kurang jam 0010 sepasukan pegawai dan anggota yang diketuai oleh insp mohd hanis bin abd wahab - pegawai jsj ipd sentul, kuala lumpur bersama sepasukan D9 Ipk perak dan Ipd perak tengah, perak telah membuat serbuan dan tangkapan di alamat no. 29, jalan U 18, bandar universiti, seri iskandar, perak berkaitan sentul repot no 5181/2014.

Ringkasan kejadian

Bertindak atas maklumat sentul repot 5181/2014 pada 6 apr 2014 pengadu bersama sepasukan pegawai dan anggota dari jsj ipd sentul, sepasukan D9 ipk perak dan sepasukan jsj ipd perak tengah telah pergi di alamat no.29, bandar universiti, seri iskandar, perak. Apabila sampai di alamat tersebut pengadu telah memgetuk pintu dan dibuka oleh 1 (p) melayu. Seterusnya pengadu memperkenalkan diri pegawai kanan polis dengan menunjukkan kad kuasa polis dan minta butir pengenalan diri diberi ialah laila bt arden kpt no 620512-10-5664 alamat no. 29 jalan bandar U18, seri iskandar, perak. Pengadu bersama saksi polis telah menyatakan tujuan kedatangan adalah untuk mencari 1 (L) melayu yang dikenali dengan nama 'Syed Saifullah'. Kemudian (P) melayu tersebut telah memberitahu (L) melayu yang dicari adalah anaknya dan saspek telah keluar makan bersama suaminya dalam beberapa minit yang lalu. Pengadu kemudiannya telah menyuruh (p) melayu tersebut menelefon anaknya. Dalam 20 minit kemudian telah datang (3) lelaki melayu ke rumah tersebut dan pengadu telah kenalkan diri sekali lagi sebagai pegawai kanan polis dengan menunjukkan kad kuasa polis lalu bertanyakan siapakah 'Syed Saifullah' dan (1) L melayu telah mengaku dirinya adalah lelaki tersebut. Seterusnya pengadu bersama saksi polis telah membuat pemeriksaan badan ke atas saspek dan telah menjumpai sebuah h/phone jenama sony x peria warna hitam/putih no tel 013-4928564 dari poket sebelah kanan. Pengadu telah membuat pemeriksaan dibilik tidur utama dan dua yang terletak di tingkat satu. Tangkapan dan rampasan adalah seperti berikut:-

Saspek:

Nama: syed ahmad saifullah bin hashim
No. Kpt : 890620-10-5311
Jantina : lelaki
Warganegara : malaysia
Tarikh lahir : 20 jun 1989
Keturunan : melayu
Taraf perkahwinan : bujang
Alamat : no. 29 jalan bandar U 18, seri iskandar, perak.

Butir2 rampasan:

1.sebuah h/phone jenama sony x peria
2.moniter komputer jenama acer warna hitam
3.cpu jenama power logic warna hitam
4.key board jenama power logic warna hitam
5.tetikus jenama power logic warna hitam
6. Broadband jenama p1 warna putih/hijau
7.thumb drive tp-link warna putih/hitam
8.broadnand jenama celcom
9.kamera komputer tanpa jenama warna ungu/jernih
10.set speker jenama vinnfier warna hitam
11.4 kabel komputer warna hitan
12.penyambung soket warna putih
13.multicard reader janama sbhc support warna kuning/putih
14.thumb drive jenama kongston warna hitam
15.mesin cetak jenama canon warna hitam
16. Kabel internet warna putih,

Ulasan:

Saspek ditangkap bersangkut sentul rpt
5181/14 diklasifikasi di bawah Seksyen 233 (1) CMA (Jenayah Siber) dan 505 (b) KK. Kes disiasat oleh ASP Hamka bin Mohammad. Setakat ini okt berada di Lokap Berpusat Jinjang dan hari ini akan diambil reman .



DS Rosmah yang dimaklumkan tentang perkara tersebut bertindak memberikan respon menerusi page Tun Dr Mahathir yang berbunyi berikut :-



"Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Saya difahamkan ada poster di facebook yang disebarkan oleh adik Syed Saifullah berkaitan diri saya. Tiada kata yang dapat saya katakan selain mendoakan agar adik Syed Saifullah mendapat keberkatan dalam hidup, dipanjangkan usia, menjadi anak yang soleh dan menjadi insan yang berguna kepada Agama, Bangsa dan Negara. Salam - DS Rosmah Mansor"

Nampaknya, Rosmah Mansor tidak  melayan tindakan remaja itu termasuk tidak berniat untuk mengambil tindakan saman atau membuat laporan polis. .

Jika difikirkan apalah salah dan dosa DS Rosmah kepada beliau sehingga sanggup menyebarkan fitnah yang dianggap biadap. Fitnah itu bak kudis. Andai dibiarkan merebak, kelak bernanah dan berbau amat busuk jika pecah. Dalam kes ini, fitnah bukan dilemparkan kepada orang sebarangan tetapi terbukti menyentuh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor. Ini jelas terbukti bahawa, media sosial adalah salah satu medium yang berkuasa menyebarkan fitnah dan menjatuhkan aib seseorang. 

Lupa ke bahawa fitnah lebih tajam dari mata pisau dan sangat di larang dalam ISLAM.Jika mahu berikan teguran biarlah dengan cara yang di anjurkan oleh agama. Disini Abe Mat nak nasihatkan pada bloger-bloger dan pengguna media sosial, manfaatkanlah kemudahan yang ada ini dalam menyampaikan dakwah dan perkara-perkara yang baik. Jangan sesekali menyalahgunakan kemudahan yang ada dengan menyebarkan berita-berita palsu, menjatuhkan aib orang, dan bergaduh sesama sendiri kerana ia bakal merosakkan serta memberi kesan kepada diri, masyarakat serta Negara kita juga. 

Akhir kalam, Abe Mat menyeru kepada sekalian yang singgah di blog Abe Mat ni agar, jadikan yang baik itu ikutan, dan jauhi perkara-perkara yang bakal merugikan serta menyusahkan kita kelak. Sekalian... 

Thursday 3 April 2014

Sokong Perkara Baik

Assalamualaikum w.b.t

Hari ni Abe Mat dengar pihak Menteri Besar Kelantan, kini membuat persiapan dan akan memilih sesi sesuai di Parlimen untuk mengemukakan rang undang-undang persendirian bagi mendapatkan kebenaran melaksanakan hukuman hudud di negeri Kelantan sebagaimana diperuntukkan Perkara 76 (A) Perlembagaan Persekutuan.

Menurut Datuk Ahmad Yakob, hukum hudud dapat dikuatkuasakan di Kelantan selewat-lewatnya Januari depan sekiranya tiada halangan dari Kerajaan Persekutuan untuk membolehkan rang undang-undang persendirian dibentang dan diluluskan di Parlimen.
Bagi Abe Mat, baguslah kalau benar hukum hudud dapat dikuatkuasakan di Kelantan, maka sudah tentu hukum hudud ini akan disokong 100% oleh UMNO, dan pastinya ia boleh dilaksanakan jika UMNO merupakan parti tunggal dalam BN yang mewakili keputusan Kerajaan Persekutuan.


Abe Mat ingat lagi pada tahun 1993,semasa isu hudud dibentangkan buat kali pertama, ada dua orang ahli UMNO yang sokong hudud. Sebenarnya dari dulu lagi umno tak pernah halang hudud. Memang betul dulu Mahathir tolak sebab banyak perkara yang Mahathir tanya tapi kerajaan negeri tak jawab.