Kelmarin Abe Mat berbual dengan
seorang kenalan di kedai makan. Beliau bukan main bercerita tentang perjuangan
komunis di Negara kita yang disalah anggap. Kata beliau, komunis ni berjuang
untuk menentang penjajah tapi sejarahnya telah dipesongkan.
Abe Mat pada mulanya tidak mahu
mencelah tetapi apabila beliau mula melarat seolah-olah memuja komunis, maka
sampai masa untuk menyampuk. Abe Mat berkata;“Komunisme itu anti Tuhan. Sesiapa yang
mahu jadi pemimpin dalam komunis mesti berideologi komunisme iaitu salah satunya
mengaku tiada Tuhan atau dengan kata lain Tuhan itu tidak wujud.. Kita orang Islam tidak boleh macam tu. Sebab itu Tok-Tok
Guru Pondok dahulu tolak komunis sebab mereka tahu perjuangan yang tidak betul”.
Abe Mat perhati air muka mamat tersebut terus kelat, tak bercakap banyak.
Abe Mat fikir yang ada janggut
macam Abe Mat ni tolak komunis, rupanya ada yang sokong komunis..Adoi, apa
sudah jadi orang Islam kita sekarang??