Saturday 16 June 2012

Bersyukur

BERSYUKUR…
Malaysia merupakan sebuah negara yang aman dan harmoni, sebuah kerajaan yang stabil telah membantu rakyatnya mengecapi pelbagai peluang untuk membina hidup serta memajukan diri. Ini kita boleh lihat perbezaan dulu dan sekarang… di mana kita lihat dulu bertapa sukarnya ibu bapa kita mencari sesuap nasi untuk diberikan kepada seluruh ahli keluarga. Tiadanya kemudahan kenderaan untuk bergerak.. dan Bas Mini adalah satu kemudahan awam yang utama pada sekitar tahun hujung 80an.. tapi kini.. jelas kita lihat HAMPIR setiap keluarga mempunyai kenderaan sendiri.. paling tidak pun motosikal..

Dari segi kemudahan perubatan.. saya melihat langkah pemberian perkhidmatan perubatan percuma yang disediakan oleh kerajaan sangat memberi kesan.. tapi ada kala saya kecewa melihat apabila Rakyat membazirkan apa yang telah diberikan kepada mereka.. banyak kali saya mendengar cerita dan keluhan pak cik2 dan kawan2 yang pergi ke klinik kesihatan untuk mengambil ubat tetapi apabila diberi.. mereka tidak menyentuh langsung pada ubat atau vitamin yang diberikan.. nasihat saya sekiranya anda memang tidak akan makan ubat atau vitamin yang diberikan janganlah ambil.. kerana kos untuk ubat dan vitamin berkenaan bukanya murah.. tapi oleh sebab ia percuma kita sebagai rakyat tidak nampak betapa berharganya barang tersebut kepada kita berbanding negara2 yang tidak memberikan perkhidmatan perubatan percuma kepada rakyatnya… dll..

Dari mana semua ini datang..? Ya.. betulll… ada orang akan menyatakan semua ini datang dari usaha mereka.. susah payah mereka.. doa dan tawakal mereka selama ini.. tapi sekali lagi ingin saya bertanya.. dari mana semua ini datang..? adakah orang Palestin tidak berusaha..? adakah orang di Afrika tidak berusaha..? adakah orang di Indonesia tidak berusaha… sehingga datang ke Malaysia untuk mencari rezeki…? Adakah mereka ini tidak berusaha..?!!

Seringkali kita mendengar ramai yang mengeluh dan meratapi kekurangan yang dihadapi. Kita selalu mengharapkan sesuatu yang boleh dikatakan sukar untuk dimiliki tetapi seringkali juga terlupa apa yang ada pada kita. Dalam hidup ini tidak semua kemahuan dan keinginan kita boleh dapat, kita seharusnya menerima kenyataan dan hakikat bahawa kita tidak akan mendapat semua yang kita impikan, suka atau tidak, mahu atau tidak mahu dan gembira ataupun sedih, kita semua perlu menerima kenyataan ini kerana itulah hakikatnya. Alangkah indahnya hidup ini jika kita menerimanya secara terbuka tanpa sebarang rungutan. Bersyukurlah dengan apa yang kita ada, tetapi berusahalah untuk memperolehi dan mengecapi impian kita tanpa sebarang rungutan.

Alangkah indahnya jika kita ada sikap yang terbuka dan menerima segala cubaan, ujian dan rintangan yang menghalang perjalanan kehidupan ini, bersyukurlah dan terimalah ujian yang kita hadapi kerana ujian dan rintangan yang dihadapi oleh orang lain pasti lagi hebat dari apa yang kita tempuhi. Bersyukurlah dengan nikmat dan rahmat yang Tuhan berikan kepada kita, kerana kita perlu sedar hakikatnya terlalu banyak nikmat dan rahmat yang kita perolehi jika dibandingkan dengan ujian yang kita hadapi. Apabila kita bersyukur, walaupun dalam keadaan miskin, kita masih merasa kita hidup dalam kekayaan kerana nikmat yang diberikan. Syukur itu sebenarnya ubat sifat 'iri hati', dimana selalunya kita akan mencemburui kebahagiaan orang lain serta mencemburui apa yang orang perolehi tetapi tidak ada pada kita.

Jadi sama-sama kita fikir dengan rasionalnya.. adakah apa yang kita perolehi hari ini masih tidak cukup..? atau pun kita ini masih lagi tidak pernah pernah bersyukur kerana apa yang lahir dari hati kita itu adalah satu perasaan cemburu dengan kelebihan yang ada pada orang lainn…

No comments:

Post a Comment