Thursday, 14 June 2012

Risalah untuk tutup kebenaran kegagalan Husam Posted by The Unspinners at 6/13/2012 Sudahlah Air Kelantan jadi masaalah dan bina Lebihraya Kuala Krai yang digelar Highway Prepaid dan dikutip ala Tabung Memali oleh Husam, terkini Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan (UPKN) telah mencetak dan mengedarkan sebanyak 10 ribu buah risalah penerangan bertajuk '100 Fakta Kelantan Menerajui Perubahan.' Nampaknya seolah-olah risalah itu adalah untuk menutup salahlaku dan projek-projek gagal Husam. Perubahan yang dimaksudkan dalam risalah tersebut dikatakan adalah: Pertama, ia mengaku Dasar Pentadbiran Negeri untuk membangun bersama Islam berdasarkan tiga teraas Ubudiah, Mas'uliah dan Itqan. Utusan Malaysia menempelak risalah itu sebagai 'angkat bakul' sendiri. KUALA LUMPUR 28 Feb. - Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini bertindak seperti 'mengangkat bakul sendiri' apabila mendakwa Pas berjaya membangunkan rakyat serta Kelantan sepanjang lebih 20 tahun memerintah negeri itu. Dakwa Menteri Besar Kelantan itu, kejayaan tersebut kini turut berlaku di negeri-negeri yang dikuasai pembangkang seperti Kedah, Pulau Pinang dan Selangor. Jelas beliau, bagi Pas di Kelantan, kejayaan yang dikecapi adalah kerana mengamalkan dasar pentadbiran Islam berteraskan prinsip ubudiah iaitu keyakinan kepada Tuhan, mas'uliah (penuh tanggungjawab mengikut kehendak agama) dan itqan (melakukan yang terbaik) yang selari dengan kehendak syariat. Baca sepenuhnya sini Kedua, perubahan yang konon dibuat melalui progran kebajikn termasuk Skim Az Ziwaaj (bantuan perkahwinan RM1,000), skim bantuan beras 10 kg sebulan kepada orang miskin, Skim Kifalah, membantu ibu tunggal, Tabung Serambi Mekah, bantuan pendidikn, ladang rakyat dsbnya Lupakah ladang rakyat adalah yang menjahanamkan habitat orang Asli dan tanah diberi taukeh CIna untuk berladang. Hasilnya dibahagikan kepada ahli-ahli PAS dan bukan kepada rakyat yang memerlukan. Ketiga, pembangunan Islam iaitu pindahkan akaun simpanan tetap kerajaan dari sistem riba kepada sistem perbankan Islam, asingkan akaun halal dan haram, tubuhkan unit dakwah halaqat, tutup premis judi, larang jual arak d tempat awam, tak keluarkan lesen pusat hiburan maksiat, tak benarkan kedai gunting unisex, asingkan tempat duduk lelaki dan wanita dalam majlis-majlis resmi, luluskan enakmen kanun jenayah syariah 11 (hudud), solat hajat perdana untuk atasi sesuatu isu, dsbnya. Apa jadi projek dinar emas atau gold dinar yang kononnya menggantikan matawang Malaysia menjadi matawang emas? Akhirnya orang ramai menyimpan emas dan perak sebagai serupa barang kemas. Ini dah serupa kerajaan negeri bersaing dengan pengusaha barang hiasan emas Kelantan???? Keempat adalah sistem pendidikan seperti tubuh Maahad Tahfiz Sains, tubuh Perbadanan Pembangunan Pondok Berhad, tambah bilangan guru Quran dan Fardhu Ain, kuliah agama dsbnya Kelima, kemajuan kebudayaan dan perlancongan termasuk menganjur ekspo Cheng Ho, perlancongan berdasarkan Islam. Betullah sampai sekarang orang bertanya apa pelaburan yang peniaga dari China telah bawa ke Kelantan sejak di adakah ekspo Cheng Ho? Keenam melalui Pembangunan Wanita seperti melantik penghulu wanita, Anugerah Ibu Mithali, Dasar Wanita dsbnya Ketujuh adalah pembangunan belia termasuk Dasar Mengikut Islam, Anugerah Tokoh Belia, NGO-NGO Belia dan sebagainya. Kelapan, hiburan ke arah maksiat tak dibenar. Baguslah kalau demikian kerana akhirnya bagaimana Jalan Hamzah boleh muncul jika tiada perlesenan dari pihak berkuasa tempatan? Kesembilan, ekonomi termasuk kempen bertani, projek penternak muda, jihad ternak dsbnya. Mana pula projek-projek Kambing Jamnapari, kayu gaharu, dan lain-lain angan-angan Husam?

No comments:

Post a Comment