Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...
3 Jun lalu, Kementerian Kesihatan
mengakui kesilapan yang dilakukan berhubung pengumuman terdapat kesan Asid
Deoksiribonukliek (DNA) babi dalam kandungan 2 produk coklat Cudbury. Kesilapan
ini berlaku apabila maklumat terhadap ujian makmal yang dijalankan ke atas
produk-produk itu dibocorkan ke laman sosial. Kesilapan ini dilakukanoleh seorang
pegawai membocorkan laporan awal ujian itu , telah menimbulkan kekeliruan orang
ramai.
Abe Mat puji niat baik KKM
kerana ingin berkongsi maklumat dengan orang ramai. Tetapi, perlulah dengan
saluran yang betul. Isu halal haram ini bukannya sesuatu yang enteng untuk
diambil mudah. Jangan kerana ingin mengejar nama, lupa semuanya.Bak kata
pepatah, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.
Akibatnya, ramai yang menjadi mangsa termasuklah JAKIM.
Ramai yang mempersoalkan kredibiliti
JAKIM. Apa peranan JAKIM dalam isu ini? Kenapa JAKIM tidak memandang serius hal
ini? JAKIM yang pada mulanya tidak tahu menahu tentang hal ini terus dipersalahkan.
Abe Mat bukan nak menyalahkan KKM,
tetapi nasihat Abe Mat kepada KKM supaya lebih matang menangani isu seperti
ini supaya tidak berlaku lagi di masa akan datang. Jangan biar pisang berbuah
dua kali. Dalam hal ini, KKM tidak seharusnya gelojoh untuk menjadi jaguh.
Sepatutnya SOP berkaitan halal haram ini dikeluarkan oleh pihak JAKIM. Jika KKM
mengambil alih tugas ini, apakah fungsi JAKIM?
Natijahnya, Abe Mat rasa isu
Cadbury ini elok diketengahkan kerana halal dan haram terlalu sensitif kepada umat Islam kerana ianya melibatkan dosa dan
pahala.
Akhir kalam, sama-sama perbaiki
diri dari masa ke semasa sebagai penentu destinasi abadi kita di syurga ataupun
neraka. Wallahu a’lam…Assalamualaikum..^_^
SUMBER: Utusan Malaysia