Wednesday, 4 June 2014

CADBURY SAH HALAL : JAKIM



Bismillahirrahmanirrahim…

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia….


Gempar apabila media tempatan mengeluarkan kenyataan dari pihak JAKIM bahawa  produk coklat tenusu Cadbury adalah halal untuk dimakan umat islam selepas kekecohan yang melanda di laman sosial terutamanya berkenaan ketidakhalalan produk tersebut. Kenyataan tersebut dibuat berdasarkan keputusan  hasil kaji selidik sampel yang telah dihantar oleh kepada Jabatan Kimia. Berikut adalah kenyataan lanjut: 









Majlis Fatwa Kebangsaan juga memutuskan bahawa Cadbury tersebut adalah halal. Fatwa itu berdasarkan kepada apa istilah bahasa Arab dinamakan "Umum al-Balwa" iaitu keadaan musibah atau kesukaran yang berleluasa dan sukar dielak.

Perkara itu diumum oleh pengerusi MFK, Abdul Shukur Husin setelah bersidang membincangkan perihal DNA babi yang ditemui dari dua sample coklat keluaran Cadbury itu.

Katanya dalam kes produk siap diproses dan dipasarkan kepada penggunaan yang asasnya dihasilkan melalui pemerosesan serta menggunakan bahan-bahan yang suci dan halal, yang kemudian disahkan sebagai halal tetapi kemudian didapati berlaku kontaminasi (penyerapan) DNA babi pada sebahagian produk tertentu, maka dalam keadaan ini ia dikategorikan "Umum al-Bawa". (http://www.msomelayu.blogspot.com/2014/05/majlis-fatwa-kebangsaan-umpama-orang.html#more)


Sebelum ini kecoh mengatakan ketidakhalalan produk tersebut selepas satu kajian  terhadap sampel yang dibuat oleh Kementerian Kesihatn yang menyatakan bahawasanya kedua-dua jenis produk yang diperiksa mengandungi DNA khinzir.

Walaubagaimanapun, Kementerian Kesihatan mengakui kesilapan mereka dan akan menyiasat mereka yang mendedahkan keputusan ujian tersebut meskipun belum mendapat pengesahan dari pihaknya. Tambahan pula, kementerian itu mengakui kesemua 15 makmalnya tidak mempunyai akreditasi untuk menentukan halal @ haram sesuatu produk.

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Hilmi Yahya berkata, hasil ujian 2 sampel coklat yang dikesan mengandungi DNA babi pada Febuari lalu disebarkan  oleh seorang pegawainya di laman  sosial dan menjadi buah mulut masyarakat.

“ Kementerian tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) iaitu jika sesuatu produk dikesan  tercemar dengan DNA babi, perlu rujuk kepada JAKIM. Mulai sekarang , keputusan berhubung status halal produk makanan ditentukan oleh JAKIM bagi mengelak kekeliruan.” Tegas beliau.  (BERITA HARIAN, RABU 4 JUN 2014).

Pun begitu, kenyataan tersebut tidak melegakan hati umat islam sepenuhnya dan masih ada yang menyuarakan kebimbangan terhadap produk syarikat berkenaan meskipun status kehalalan mereka sudah terbukti dan syarikat tersebut memberi jaminan bahawa produk mereka mematuhi garis panduan.
Dalam pada itu, Penasihat Persatuan Pemborong dan Peruncit Muslim (Mawar), Bazeer Ahmed berkata, satu perbincangan bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan badan-badan terlibat perlu diadakan bagi menjelaskan kedudukan sebenar tentang produk makanan tersebut.

"Perlu ada satu pendekatan yang pragmatik untuk menyelesaikan isu ini. Kesemua pihak terlibat perlu diberi penjelasan tentang apa yang sebenarnya terjadi kerana isu makanan bersih dan halal kepada masyarakat terutama komuniti beragama Islam bukan satu perkara kecil dan boleh diambil ringan.

"Nasib pekedai dan peruncit juga perlu diberi perhatian. Ramai daripada mereka yang terpaksa menyimpan produk syarikat tersebut kerana tidak mahu berdepan cercaan pelanggan yang masih marah dengan apa yang berlaku. Pihak pembekal juga tidak datang untuk mengambil semula produk mereka," katanya.

Sources: 

No comments:

Post a Comment