Wednesday, 4 June 2014

SERAHKAN PADA YANG PAKAR...

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...

3 Jun lalu, Kementerian Kesihatan mengakui kesilapan yang dilakukan berhubung pengumuman terdapat kesan Asid Deoksiribonukliek (DNA) babi dalam kandungan 2 produk coklat Cudbury. Kesilapan ini berlaku apabila maklumat terhadap ujian makmal yang dijalankan ke atas produk-produk itu dibocorkan ke laman sosial. Kesilapan ini dilakukanoleh seorang pegawai membocorkan laporan awal ujian itu , telah menimbulkan kekeliruan orang ramai.

Abe Mat puji niat baik KKM kerana ingin berkongsi maklumat dengan orang ramai. Tetapi, perlulah dengan saluran yang betul. Isu halal haram ini bukannya sesuatu yang enteng untuk diambil mudah. Jangan kerana ingin mengejar nama, lupa semuanya.Bak kata pepatah, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Akibatnya, ramai yang menjadi mangsa termasuklah JAKIM.

Ramai yang mempersoalkan kredibiliti JAKIM. Apa peranan JAKIM dalam isu ini? Kenapa JAKIM tidak memandang serius hal ini? JAKIM  yang pada mulanya  tidak tahu menahu tentang hal ini terus dipersalahkan.

Abe Mat bukan nak menyalahkan KKM, tetapi nasihat Abe Mat kepada KKM supaya lebih matang menangani isu seperti ini supaya tidak berlaku lagi di masa akan datang. Jangan biar pisang berbuah dua kali. Dalam hal ini, KKM tidak seharusnya gelojoh untuk menjadi jaguh. Sepatutnya SOP berkaitan halal haram ini dikeluarkan oleh pihak JAKIM. Jika KKM mengambil alih tugas ini, apakah fungsi JAKIM?
Natijahnya, Abe Mat rasa isu Cadbury ini elok diketengahkan kerana halal dan haram terlalu sensitif kepada  umat Islam kerana ianya melibatkan dosa dan pahala.




Akhir kalam, sama-sama perbaiki diri dari masa ke semasa sebagai penentu destinasi abadi kita di syurga ataupun neraka. Wallahu a’lam…Assalamualaikum..^_^



SUMBER: Utusan Malaysia

No comments:

Post a Comment