Assalamualaikum dan salam 1
MALAYSIA...
PAS kini sedang melakukan kerahan
tenaga dan mewajibkan setiap ahlinya supaya turun ke demontrasi haram yang di
rancang akan diadakan di Dataran Merdeka pada 1 Mei 2014 nanti. Himpunan ini
dijadual berlangsung disekitar Kuala Lumpur antara jam 2 hingga 5 petang dan
kemudian bergerak ke Dataran Merdeka.
Alasan
demontrasi untuk menentang usaha kerajaan melaksanakan GST sebenarnya tidak
memberikan kelebihan kepada banyak pihak. Pada ketika rakyat mendesak kerajaan
supaya memikirkan tentang kenaikan kos sara hidup maka perlaksanaan GST di
lihat sebagai sebahagian daripada kaedah untuk memastikan rakyat tidak terus
terbeban yang akan dilaksanakan pada April 2015.
Kesan Buruk
Ada yang
berpandangan berhimpun itu suatu bentuk kebebasan yang dijamin dalam
Perlembagaan Persekutuan. Namun sejauh manakah keberkesanan pihak penganjur
untuk menjamin demonstrasi yang dijalankan tidak akan mendatangkan kemudaratan
kepada banyak pihak, khususnya rakyat di sekitar Kuala Lumpur. Jika kita amati,
berdasarkan pengalaman lalu, perhimpunan seumpama ini telah mengundang terlalu
banyak impak buruk kepada negara apabila demonstrasi dijalankan di jalanan.
Pihak yang berkepentingan tentunya tidak meletakkan kepentingan rakyat sebagai
keutamaan dalam hal ini.
Kalau disoroti
pengalaman dahulu, pihak berkuasa seperti polis dan pasukan anti rusuhan
seperti FRU dilabel sebagai tidak berperikemanusiaan terhadap aktivis yang
berdemonstrasi. Wartawan asing dan media yang menyokong agenda perjuangan parti
tertentu ternyata membuat liputan berat sebelah apabila hanya menyiarkan
sedutan rakaman yang menggambarkan pihak berkuasa bertindak ganas menghuraikan
perhimpunan yang diadakan.
Kerugian Jutaan Ringgit
Antara aspek
yang perlu diberi perhatian oleh golongan yang degil ini adalah kerugian yang
bakal ditanggung banyak pihak jika demonstrasi haram ini diteruskan. Presiden
Persatuan Pemandu Teksi Lembah Klang, Datuk Aslah Abdullah mendakwa seramai
21,000 pemandu teksi di Lembah Klang akan mengalami kerugian RM3.2 juta sehari.
Itu baru pemandu teksi. Bayangkan berapa besar jumlah keseluruhan kerugian yang
terpaksa ditanggung golongan peniaga dan individu di sekitar lokasi yang
disasarkan pihak berkenaan untuk berdemo?
Akhbar Utusan
Malaysia bertarikh 3 Ogos 2009 melaporkan, peniaga di sekitar ibu negara
menanggung kerugian sekurang-kurangnya RM100 juta akibat demonstrasi membantah
Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang didalangi oleh pihak yang sama sehari
sebelumnya. Menurut Menteri Wilayah Persekutuan, Senator Datuk Raja Nong Chik
Raja Zainal Abidin yang meninjau lokasi terbabit, anggaran awal jumlah kerugian
itu dibuat berdasarkan aduan yang diterima daripada para peniaga. Peniaga di
Lorong Tuanku Abdul Rahman sahaja, menanggung kerugian dianggarkan berjumlah
RM3 juta.
Jangan Gadai Keharmonian Yang Ada
Biarpun mungkin
kita saling berbeza pendirian politik, janganlah kita menggadaikan keharmonian
dan keutuhan hubungan antara kaum yang terbina selama ini, demi mencapai
matlamat politik sendiri melalui jalan singkat.
Hormatilah
hak-hak rakyat yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan secara bersama.
Menerusi Perlembagaan ini juga, kita dijamin untuk mengamalkan sistem demokrasi
terpimpin. Justeru, tidak ada mana-mana individu mempunyai alasan yang lebih
konkrit dan munasabah untuk menjadikan perhimpunan haram sebagai medium untuk
menyuarakan ketidakpuasan hati, yang akhirnya akan membawa mudarat yang lebih
besar kepada kestabilan politik, kesepaduan rakyat dan kedaulatan negara yang
tercinta.
Untuk kesekian
kalinya, Abe Mat ingin berpesan supaya tolaklah dan janganlah kita layani
kumpulan pengacau yang hanya memperjuangkan kepentingan peribadi mereka. Usahlah biarkan diri kita diperalat oleh
golongan yang tidak tahu menghargai kestabilan dan keamanan negara ini semata-mata
untuk mencapai matlamat mereka.
Kita rakyat di
bumi tercinta, Malaysia tidak sanggup dijajah minda, apa tah lagi kuasa asing.
Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh – Malaysia tetap di hati, biar di mana kita berada.
SOURCE: