Assalamualaikum w.b.t
Hari ni Abe Mat
dengar pihak Menteri Besar Kelantan, kini membuat persiapan dan akan memilih
sesi sesuai di Parlimen untuk mengemukakan rang undang-undang persendirian bagi
mendapatkan kebenaran melaksanakan hukuman hudud di negeri Kelantan sebagaimana
diperuntukkan Perkara 76 (A) Perlembagaan Persekutuan.
Menurut Datuk
Ahmad Yakob, hukum hudud dapat dikuatkuasakan di Kelantan selewat-lewatnya
Januari depan sekiranya tiada halangan dari Kerajaan Persekutuan untuk
membolehkan rang undang-undang persendirian dibentang dan diluluskan di
Parlimen.
Bagi Abe Mat,
baguslah kalau benar hukum hudud dapat dikuatkuasakan di Kelantan, maka sudah
tentu hukum hudud ini akan disokong 100% oleh UMNO, dan pastinya ia boleh
dilaksanakan jika UMNO merupakan parti tunggal dalam BN yang mewakili keputusan
Kerajaan Persekutuan.
Abe Mat ingat
lagi pada tahun 1993,semasa isu hudud dibentangkan buat kali pertama, ada dua
orang ahli UMNO yang sokong hudud. Sebenarnya dari dulu lagi umno tak pernah
halang hudud. Memang betul dulu Mahathir tolak sebab banyak perkara yang Mahathir
tanya tapi kerajaan negeri tak jawab.
No comments:
Post a Comment