Assalamualaikum w.b.t...
Dewasa ini, Abe
Mat lihat terlalu banyak kepercayaan dan ajaran sesat menular dalam masyarakat
kita. Bahkan ada yang berani tampil membuat fatwa serta mengeluarkan hukum
melalui logik akal tanpa merujuk Al-Quran, Hadis mahupun ijmak Ulama'. Bercakap
soal Islam Liberal mungkin ramai yang tidak tahu maksud sebenar Islam Liberal.
Islam Liberal adalah satu fahaman sesat yang berpunca dari sifat tidak yakin
diri,merasa rendah diri (inferiority complex) dan mengagung-agungkan gaya
pemikiran Barat oleh segolongan orang Islam.
Menurut Kamus Dewan (DBP. Kuala
Lumpur 1994), perkataan Liberal didefinisikan sebagai :
1. (bersifat) condong kepada
kebebasan dan pemerintahan yang demokratik (misalnya menentang hak-hak keistimewaan
kaum bangsawan), (fahaman) bebas.
2. bersifat atau
berpandangan bebas, berpandangan terbuka (tidak terkongkong kepada sesuatu
aliran pemikiran dan sebagainya).
Merujuk kepada
definisi di atas, Islam sememangnya sebuah agama yang liberal. Ia membebaskan
manusia daripada belenggu penyembahan sesama makhluk, bahkan juga membebaskan
manusia daripada penindasan, kezaliman dan penghinaan sesama manusia. Islam
juga memiliki dasar yang terbuka terhadap peradaban manusia selagi mana ia
tidak melibatkan syirik yang menyekutukan Allah, perbuatan yang menyalahi
syari‘at-Nya dan kepercayaan kurafat yang merendahkan kedudukan manusia
sehingga ke taraf kebinatangan.
Jadi, apakah
yang dimaksudkan dengan Islam Liberal? Maksudnya penambahan kata ‘Liberal’ pada
Islam yang sudah sememangnya liberal adalah sesuatu yang diada-adakan, bersifat
tidak tulen dan meniru-niru pengaruh luar serta menunjukkan unsur-unsur tidak
memahami seluruh konsep dalam Islam itu sendiri. Golongan Islam Liberal yang
rata-ratanya terdiri dari lulusan agama, pengamal undang-undang dan cendekiawan
ini cuba mengubah konsep di dalam ajaran Islam itu sendiri. Mereka bagaikan
‘mengedit’ syariat Islam di sana-sini sesuka hati berdasarkan hujah-hujah
mereka yang terhasil dari gabungan fahaman sekular dan Darwinisme yang
berdasarkan logik akal semata.
Golongan ini akan berusaha menghapuskan
unsur-unsur bersifat ritual (tawaf,solat,mencium batu Hajar Aswad) dan mistik
(ghaib-seperti syurga dan neraka,azab kubur dll) dalam Islam malah mengatakan
itu semua karut dan tahyul serta menjadi penyebab fikiran menjadi jumud dan
mundur, padahal pada masa yang sama mereka menghormati unsur-unsur ritual agama
lain seperti Hindu dan Buddha.Mereka lama kelamaan seolah-olah bersikap ateis
apabila hanya mengambil bahagian-bahagian yang pada mereka sesuai dengan
pandangan sekular Barat dan kehidupan moden hari ini.
Unsur-unsur
mistik seperti Tuhan,syurga dan neraka, azab kubur, padang mahsyar, kiamat dan
lain-lain akhirnya dikatakan sekadar simbolik sahaja.Kini, gerakan terancang
musuh Islam melalui 'Islam Liberal' mula menampakkan hasilnya apabila satu demi
satu doktrin Islam berjaya dineutralkan oleh mereka..bermula dgn membenarkan
terjemahan god kpd Allah,kemudian tiada agama yg boleh mendakwa hanya Ia sahaja
agama yg benar & terkini mendoakan kesejahteraan kpd mayat bukan Islam
melalui perkataan 'rest in peace' pula akan dikaji untuk kegunaan umum..agenda
iblis memurtadkan umat Islam semakin hebat..ayuh bangkit mempertahankan kalimah
tauhid.
Ancaman Islam
liberal kini amat serius kerana ia melibatkan secara menyeluruh di semua
peringkat dari barisan kepimpinan dan pengurusan sama ada dalam politik,
sosial, budaya, ekonomi dan agama itu sendiri hingga kepada individu. "Ia
berbahaya kerana mereka memperjuangkan prinsip kebebasan dan rasional akal
tanpa batasan," katanya. Menurut Zamihan, kebebasan bersandarkan logik
atau rasional secara terbuka tanpa had bukan sahaja menyimpang daripada
landasan Islam malah melampaui syariat dan prinsip dalam al-Quran dan al-Sunnah
itu sendiri.
No comments:
Post a Comment