Wednesday, 28 May 2014

ISU COKLAT HARAM: TANGGUNGJAWAB PENGGUNA ISLAM










Kedengaran agak melucukan bukan? Orang lain pun protes juga, tapi janganlah sampai menunjukkan kebodohan diri sendiri. Kita boleh membantah ke atas apa yang berlaku itu. Tetapi biarlah secara rasional dan sebagai seorang orang Islam yang cerdik dan fatanah. Bukan kerana luapan emosi. Pelbagai pihak telah mendesak kerajaan untuk menyaman syarikat berkenaan malah ada juga yang mahu syarikat berkenaan dihentikan operasinya.


Ada juga pihak yang menuduh JAKIM selaku pengeluar sijil halal melakukan penyelewengan dan bersikap bagai melepaskan batuk di tangga dalam proses pengeluaran sijil halalnya kepada produk-produk. Rentetan peristiwa ini, telah tersebar di lama-laman sosial tentang pelbagai lagi produk yang dikatakan haram dan turut mengandungi DNA babi. 

SINAR HARIAN: 28 MEI 2014



Bagi “Mengembalikan Hak Dan Maruah Kita Dengan Bijaksana”, logiknya kita haruslah sedaya upaya mengutamakan produk Islam, Halal dan buatan tempatan. Hanya dalam keadaan tiada pilihan dan darurat sahaja kita harus menggunakan produk lain. Kalaupun darurat, kita harus mempunyai tempoh tamat tertentu. Tidaklah patut dikatakan darurat bagi kita menggunakan sesuatu produk yang tiada jaminan halal selama 49 tahun atas tiada produk Islam dan alasan ianya darurat. Konsep darurat sebenarnya menggalakan Umat Islam agar berusaha untuk sentiasa memajukan diri dalam mana-mana industri demi kepentingan Ummah.

Harus juga difahami bahawa di Malaysia setakat ini tiada sebarang Akta Halal bagi mengawal kegiatan penipuan terhadap umat Islam. Oleh yang demikian umat Islam harus tambah berhati-hati sebelum membeli dan hasrus megambil perkara ini sebagai perkara amat penting.

Dalam konteks ini siapakah yang hendak memberi jaminan kepada kita jika orang bukan Islam, yang tidak faham Islam menyalah gunakan logo halal. Kita perlu bertanggung jawab sepenuhnya terhadap apa kita dan keluarga kita makan dan tidak boleh menyalahkan sesiapa jika kita termakan barang haram yang dikeluarkan oleh orang bukan Islam terutama kerana setelah penggunaan sijil halal hari ini terdedah kepada banyak penyelewengan dan penipuan.


Oleh itu, sudah tiba masanya masyarakat Malaysia lebih berhati-hati dalam soal pemilihan barangan terutama berkaitan dengan makanan. Pun begitu, dalam soal kepenggunaan ini kedua-dua pihak (penguasa dan pengguna) seharusnya lebih bersikap telus dan terbuka dalam soal halal dan haram ini kerana ia sentiasa berkait dengan akidah dan kesucian umat Islam. Sebagai umat Islam, kita yakin bahawasanya setiap permasalahan sebegini boleh diatasi sekiranya Al-Quran dan Al-Sunnah sentiasa menjadi rujukan utama kita. Wallahua’lam….




SUMBER:
















No comments:

Post a Comment