Sunday 30 March 2014

Ambil pengajaran tiap apa yang berlaku.

Assalamualaikum w.b.t 


Pertama sekali, marilah sama-sama kita memanjat kesyukuran kepada Allah s.w.t kerana masih diberi peluang dan ruang untuk kita bernafas dan melakukan rutin harian seperti biasa. 

Hari ini, Negara kita masih lagi dibelenggu kesedihan berikutan insiden yang menimpa MH370. Usaha pencarian masih giat dijalankan, namun terpaksa ditangguhkan dahulu ekoran cuaca yang tidak mengizinkan dan membahayakan. Disaat ini juga bacaan Yassin, Al-fatihah tidak henti-henti berkumandang mahupan di kaca televisyen dan radio bagi menghormati dan mengenang penumpang MH370 yang beragama Islam khususnya diikuti dengan ucapan takziah yang tidak putus-putus dari negara luar dan rakyat tempatan bagi memberikan sokongan moral kepada keluarga penumpang MH370. 




Misi pencarian MH370 di selatan lautan Hindi

Majlis bacaan Yassin turut diadakan 

Sokongan moral amat diperlukan disaat ini

Selain itu juga, penangguhan Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) dianggap wajar bagi menghormati insiden memilukan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang mengakhiri penerbangan di selatan Lautan Hindi, seperti diumumkan oleh Datuk Seri Najib Razak, isnin lalu. 


ABPBH ditunda bagi menghormati tragedi MH370

Penundaan tarikh malam anugerah untuk memartabatkan penggiat seni tanah air ini diputuskan sebagai tanda menghormati insiden memilukan yang menimpa penerbangan MH370. Pengarang Kumpulan BH merangkap Penaung ABPBH 2013, Mahfar Ali berkata: “BH dan ahli jawatankuasa pengelola ABPBH 2013 sepakat mengambil keputusan menangguhkan malam anugerah ini dan disokong sepenuhnya oleh pengurusan Media Prima, NSTP, TV3 selaku hos penyiar rasmi, Resorts World Genting selaku penaja lokasi malam anugerah, rakan penaja ABPBH 2013 serta rakan-rakan artis yang bakal terbabit pada malam anugerah itu nanti.” 

Keputusan ini turut diambil selaras dengan pengumuman oleh Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen, Media Prima Berhad (MPB), Ahmad Izham Omar, baru-baru ini iaitu semua rangkaian TV MPB merombak susunan program dengan menggugurkan rancangan hiburan seterusnya memanjangkan laporan khas dan berita terkini, selain melebihkan pengisian agama serta ilmiah. 

Penangguhan ini juga menjadi bukti insan seni juga prihatin dan peka dengan situasi semasa, selain menghormati perasaan mereka yang kehilangan insan tersayang. pengumuman itu yang dimuat naik di laman Facebook BH turut menerima reaksi positif dengan hampir 150 likes diterima dalam tempoh tiga minit pertama dipaparkan. 






Kesimpulannya disini, Abe Mat fikir wajar bagi industri hiburan tanah air kita ini mengurangkan rancangan berbentuk hiburan samada sebelum atau selepas insiden MH370 berlaku. Selaku sebuah negara yang berlatar belakangkan Islam perlulah mengelak serta meminimumkan aktiviti seta rancangan yang berbentuk hiburan yang mana boleh mengalphakan penonton khususnya umat Islam sebagaimana insiden yang berlaku di konsert Festival Future Music yang mana enam maut akibat mengambil dadah secara berlebihan. 






Abe Mat seru kepada semua, ambillah iktibar daripada apa yang telah berlaku, jadikanlah setiap yang berlaku itu sebuah pengajaran supaya kita lebih berhati-hati di kemudian hari. Itu sahaja dari Abe Mat, moga apa yang dikongsi ini dapat memberi manfaat kepada pembaca sekalian. 

No comments:

Post a Comment