Tuesday, 18 March 2014

SPEKULASI ATAUPUN REALITI?


Hari ini ( 19 MAC 2014) , genap 11 hari berita kehilangan pesawat MH370 menjengah ruang akhbar dan media elektronik di negara kita. dalam tempoh masa itu jugalah, kita sering mendengar dan mentelaah segenap berita yang berkaitan dengan kehilangan pesawat tersebut baik di surat khabar, tv mahupun media massa seperti Facebook dan Twitter. Tanpa kita sedar, input berita yang berkaitan dengan isu tersebut mahupun isu-isu lain ditelaah oleh kita tanpa tapisan. Abe Mat menyedari, masyarakat hari ini lebih mudah menerima input daripada media sosial dan 'menghadamnya' dengan mudah tanpa berfikir kesahihan sesuatu berita tersebut, lebih-lebih lagi berita sensasi contohnya yang mengaitkan kehilangan pesawat MH370 dengan politik.



Spekulasi-spekulasi yang timbul di internet dilihat tidak membantu usaha pencarian, bahkan menjadikan keadaan bertambah teruk. Saranan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek agar rakyat Malaysia tidak mudah percaya dengan spekulasi yang ditimbulkan di intenet harus lah diambil cakna oleh setiap pengguna internet supaya keadaan tidak menjadi lebih rumit.


(BERITA HARIAN, 9 MAC 2014)

Sebagai orang Islam, kita telah diajar oleh agama kita berkenaan interaksi kita dengan berita. Di dalam Al-Quran juga ada menyebut: 






Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) juga mengeluarkan arahan meminta semua empat juta kakitangannya tidak menyebarkan sebarang maklumat tidak tepat atau spekulasi mengenai kehilangan pesawat MH370 terutama menerusi media sosial.



Ketua Pengarahnya, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, berkata langkah itu bagi mengelak sebarang maklumat tidak tepat dan bersifat dakwaan tersebar sehingga mengelirukan masyarakat. Jadi, peringatan penting kepada seluruh kakitangan awam, supaya tidak menimbulkan perasaan panik dan kekaburan kepada masyarakat.


Jadi, please, please, please..Abe Mat mintak.tolong sangat-sangat jangan nak sebarkan sebarang spekulasi melainkan ianya sudah dikaji terlebih dahulu untuk mengelakkan salah faham yang mungkin boleh berlaku dalam masyarakat. Apatah lagi spekulasi tersebut boleh memburukkan nama pemimpin-pemimpin negara kita. 

Maka tunjukkanlah contoh terbaik kita sebagai umat Islam yang telah dididik untuk berinteraksi dengan berita dengan cara yang rasional dan waras. Jadi, jangan putus harapan, teruskan berdoa agar dipermudahkan segala urusan dalam misi pencarian ini.  Suka juga Abe Mat mengingatkan: If we can't help...let's not make it worst..

Video ini sekadar hiburan, tidak ada kene-mengena antara yang hidup dan mati. Tapi lihat pada mesej yang cuba Abe Mat sampaikan melalui video ini. Semoga kita beroleh manfaat darinya.



                                            











No comments:

Post a Comment