Sunday 16 March 2014

Misteri Kehilangan MH370- 16 Mac 2014

Hingga ke saat ini, misteri kehilangan MH370 masih dalam tanda tanya, namun Kerajaan telah mengambil segala langkah untuk menangani isu ini kerana banyak spekulasi yang telah dibuat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Justeru itu sidang media telah diadakan hampir setiap hari bagi mengemaskini maklumat terbaru supaya semua pihak mendapat maklumat yang betul dan tepat.

Dalam sidang media kelmarin, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak mengesahkan laporan media berhubung pesawat MH370 dirampas dan pencarian pesawat ini sedang memasuki fasa baru ke arah dua koridor baru di utara Malaysia dan satu lagi di selatan negara ini. Koridor utara adalah menuju ke Turkmenistan, Kazakhstan serta utara Thailand manakala koridor selatan ialah di Indonesia dan selatan Lautan Hindi. Sehingga kini 15 negara dengan 43 kapal serta 53 pesawat terlibat dalam operasi mencari  MH370. Antara negara terlibat dalam misi berkenaan termasuk Amerika Syarikat, Vietnam, Australia, China, India dan Singapura.




Sidang Media Khas Mencari MH370 (2.20pm, 15/3/2014)



Walaupun ada laporan media yang mengatakan pesawat ini dirampas, Datuk Seri Najib Razak menjelaskan bahawa pihak berwajib masih menyiasat semua kemungkinan yang menyebabkan MH370 menyimpang dari laluan asalnya. Pesawat yang membawa 239 penumpang termasuk 12 anak kapal hilang daripada radar selepas sejam berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang dalam perjalanan ke Beijing.

Disini, Abe Mat menyeru kepada semua supaya teruskan berdoa untuk kesejahteraan MH370 supaya misi pencarian dipermudahkan oleh Allah s.w.t. Marilah kita bersatu-padu bersama pihak Kerajaan bagi menunjukkan kepada dunia bahawa Malaysia bertanggungjawab keatas keselamatan serta kepentingn rakyat bersesuaian dengan slogan "Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan". #PrayForMH370

No comments:

Post a Comment