Assalamualaikum w.b.t
Abe Mat harap
semuanya sihat dan mendapat rahmat yang melimpah dari Allah Azza Wajalla. Amin
Hari ni Abe Mat nak menulis serba sedikit isu yang
berkait dengan mentaliti masyarakat kita berkenaan dengan perdana menteri kita,
Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.Dalam sibuk Datuk Seri memimpin dan mengawal
negara masih ada segelintir rakyat yang tidak menyenangi beliau. Walaupun beliau penat menjalankan
tugas sebagai pemimpin negara tapi, mereka tanpa segan silu mencerca, maki
hamun dan menfitnah Datuk Seri Najib dengan pelbagai tohmahan yang pastinya
amat menyakitkan. Salah satunya yang menarik perhatian Abe Mat ialah Datuk Seri
Najib ini dianggap seorang pemerintah yang zalim kepada rakyat.
Sebelum Abe Mat
bercerita lebih lebar, apa kata kita singkap balik apa sebenarnya yang
dimaksudkan dengan zalim.
Zalim mengikut
bahasa bermaksud "aniaya atau celaka". Zalim secara istilah bererti
"berbuat aniaya atau celaka terhadap diri sendiri atau orang lain dengan
cara-cara bathil yang keluar dari jalur syariat agama Islam". Dari
pengertian lain, zalim bermaksud “menempatkan atau meletakkan sesuatu tidak
kena atau tidak sesuai dengan tempatnya".
Zalim merupakan
perbuatan yang di larang oleh Allah SWT dan termasuk dari salah satu dosa-dosa
besar. Manusia yang berbuat zalim akan mendapatkan balasan di dunia dan siksa
yang pedih di akhirat kelak. Sebagaimana antara firman2 Allah SWT dalam Al
Quran; "Sesungguhnya dosa besar itu atas orang-orang yang berbuat zalim
kepada manusia dan melampaui batas di muka bumi tanpa hak. Mereka itu mendapat
azab yang pedih". (Surah Asy-Syura : 42)
Jadi, cuba tanya
pada diri kita, pernah tak walau sekali kita tidak makan atau minum disebabkan
kezaliman pemerintah? Atau pernahkan kita tidak keluar dari rumah kerana takut
akan pemerintah yang membunuh dan menindas rakyat sesedap rasa? Tepuk dada, tanya
hati. Abe Mat biar soalan ini kepada pembaca menilainya.
Abe Mat bukan
nak judge, tetapi sekadar ingin
menyatakan apa yang bermain di minda Abe Mat. Pada hemat Abe Mat, selama hidup di bawah pimpinan Datuk Seri Najib ni,
Abe Mat belum lagi merasa diri Abe Mat ditindas dan belum pernah Abe tengok
rakyat Malaysia dizalimi oleh Datuk Seri Najib. Jangan sebab kita tak dapat apa
yang kita nak kita boleh menunding jari dan berkata itu ini tentang orang yang
kita tidak suka sesuka hati kita. Berilah peluang dan ruang kepada beliau
menjalankan amanah yang diamanatkan sebaik mungkin. Kita sebagai rakyat
haruslah berganding bahu menyokong beliau demi kesejahteraan bersama.
Rakyat perlu
mengakui bahawa kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai perdana menteri telah
membawa pelbagai perubahan untuk kesejahteraan rakyat dan amat prihatin dengan setiap masalah
rakyat.
BRIM misalnya,
merupakan satu bentuk bantuan yang dicetuskan perdana menteri bagi membantu
golongan berpendapatan rendah untuk mengurangkan kos dan bebanan tanggungan
mereka.
BR1M 3.0 bukti Datuk Seri Najib prihatin nasib rakyat |
Selain BR1M,
pelbagai bantuan telah diberikan seperti bantuan persekolahan, Perumahan Rakyat
1Malaysia, bantuan kepada pelajar pusat pengajian tinggi, Kedai Rakyat
1Malaysia, Klinik Rakyat 1Malaysia dan pelbagai lagi.
K1M untuk kemudahan rakyat 1 Malaysia |
Semua insentif
ini adalah untuk manfaat semua pihak, setiap lapisan masyarakat tanpa mengira
fahaman ideologi politik, bangsa dan agama. Sebagai rakyat, kita berhak menaruh
kepercayaan kepada kepimpinan perdana menteri untuk terus membawa negara
mencapai wawasan negara maju menjelang tahun 2020. Berilah sokongan,
kepercayaan dan tempoh masa yang cukup kepada perdana menteri supaya lebih
banyak lagi perubahan akan dilaksanakan bagi kebaikan rakyat dan kemakmuran
negara.
Sekian dulu
untuk hari ni, Abe Mat undur diri dulu…ASSALAMUALAIKUM..^_^
No comments:
Post a Comment