Kedengaran
agak melucukan bukan? Orang lain pun protes juga, tapi janganlah sampai
menunjukkan kebodohan diri sendiri. Kita boleh membantah ke atas apa yang
berlaku itu. Tetapi biarlah secara rasional dan sebagai seorang orang Islam
yang cerdik dan fatanah. Bukan kerana luapan emosi. Pelbagai pihak telah
mendesak kerajaan untuk menyaman syarikat berkenaan malah ada juga yang mahu
syarikat berkenaan dihentikan operasinya.
Ada
juga pihak yang menuduh JAKIM selaku pengeluar sijil halal melakukan
penyelewengan dan bersikap bagai melepaskan batuk di tangga dalam proses
pengeluaran sijil halalnya kepada produk-produk. Rentetan peristiwa ini, telah
tersebar di lama-laman sosial tentang pelbagai lagi produk yang dikatakan haram
dan turut mengandungi DNA babi.
SINAR HARIAN: 28 MEI 2014 |
Bagi “Mengembalikan Hak Dan Maruah Kita Dengan Bijaksana”, logiknya kita
haruslah sedaya upaya mengutamakan produk Islam, Halal dan buatan tempatan.
Hanya dalam keadaan tiada pilihan dan darurat sahaja kita harus menggunakan
produk lain. Kalaupun darurat, kita harus mempunyai tempoh tamat tertentu.
Tidaklah patut dikatakan darurat bagi kita menggunakan sesuatu produk yang
tiada jaminan halal selama 49 tahun atas tiada produk Islam dan alasan ianya
darurat. Konsep darurat sebenarnya menggalakan Umat Islam agar berusaha untuk
sentiasa memajukan diri dalam mana-mana industri demi kepentingan Ummah.
Harus juga difahami bahawa di Malaysia setakat ini tiada sebarang Akta
Halal bagi mengawal kegiatan penipuan terhadap umat Islam. Oleh yang demikian
umat Islam harus tambah berhati-hati sebelum membeli dan hasrus megambil
perkara ini sebagai perkara amat penting.
Dalam konteks ini siapakah yang hendak memberi jaminan kepada kita jika
orang bukan Islam, yang tidak faham Islam menyalah gunakan logo halal. Kita
perlu bertanggung jawab sepenuhnya terhadap apa kita dan keluarga kita makan
dan tidak boleh menyalahkan sesiapa jika kita termakan barang haram yang
dikeluarkan oleh orang bukan Islam terutama kerana setelah penggunaan sijil
halal hari ini terdedah kepada banyak penyelewengan dan penipuan.
Oleh itu, sudah tiba masanya
masyarakat Malaysia lebih berhati-hati dalam soal pemilihan barangan terutama
berkaitan dengan makanan. Pun begitu, dalam soal kepenggunaan ini kedua-dua
pihak (penguasa dan pengguna) seharusnya lebih bersikap telus dan terbuka dalam
soal halal dan haram ini kerana ia sentiasa berkait dengan akidah dan kesucian
umat Islam. Sebagai umat Islam, kita yakin bahawasanya setiap permasalahan
sebegini boleh diatasi sekiranya Al-Quran dan Al-Sunnah sentiasa menjadi
rujukan utama kita. Wallahua’lam….
SUMBER: