Sunday, 18 May 2014

PRK TELUK INTAN: PILIH CALON YANG LAYAK

Bismillahirrahmanirrahim…

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia !


Proses Penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan ditutup pada jam 10 pagi tadi apabila calon dari Barisan Nasional (BN) Datuk Mah Siew Keong mengemukakan borang pencalonannya bersama calon dari pihak lawan Dyana Sofya Mohd Daud calon dari DAP di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Perak.



Datuk Mah Siew Keong (Calon BN)



Dyana Sofya Mohd Daud (Calon DAP)

 

Melalui pembacaan abe mat dari akhabar-akhbar dan blog-blog tempatan, ramai yang mempersoalkan keputusan pihak tertinggi DAP yang mengumumkan Dyana Sofya sebagai calon DAP bagi PRK Parlimen Teluk Intan. Ada pihak yang mengatakan pencalonan Dyana sebagai calon dalam PRK Teluk Intan adalah taktik DAP untuk memancing undi daripada rakyat. Ketua Puteri UMNO, Mas Ermieyanti berkata tidak salah jika DAP meletakkan calon muda atau dalam kalangan wanita tetapi biarlah calon itu mempunyai hala tuju dalam politik dan dapat berkhidmat kepada rakyat. Quote ni abe mat ambil dari surat khabar sinar harian edisi 16 mei 2014.  

Abe mat pun terfikir ada betul juga apa yang dikatakan oleh Mas Ermieyanti tu. Sesebuah parti politik perlulah memastikan calon yang bertanding itu mengetahui selok belok berkaitan politik dan yang paling penting perlu tahu peranannya kepada rakyat jika menang dalam PRK. Jangan pula hanya tahu menabur janji ketika berkempen, tetapi tidak mengotakan apa yang telah dijanjikan.

Walau bagaimana pun, bagi abe mat tidak kira la kemenangan bagi parti BN ataupun parti DAP dalam PRK Teluk Intan. Pesan abe mat buat pengundi-pengundi Teluk Intan, undilah calon yang anda rasa boleh berkhidmat untuk rakyat, jangan memangkah calon kerana rupa paras, jangan memangkah calon yang hanya menabur janji kosong. Sesungguhnya undi di tangan anda.

Pesan abe mat bagi parti yang menang pula, jalankanlah tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan sebaik-baiknya. Jangan hampakan harapan pengundi-pengundi yang telah mengundi anda untuk memperjuangkan hak mereka sebagai rakyat. Firman Allah swt dalam Al-Quran:


يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا تَخُونُواْ ٱللَّهَ وَٱلرَّسُولَ وَتَخُونُوٓاْ أَمَـٰنَـٰتِكُمۡ وَأَنتُمۡ تَعۡلَمُونَ

maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan Rasulnya dan (Janganlah) kamu menkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya)" surah al-anfal ayat 27.


Setakat ini dahulu post abe mat pada hari ini, segala yang baik itu datang dari Allah swt dan segala kekurangan itu datang dari kelemahan diri abe mat sendiri.





No comments:

Post a Comment