Sunday, 18 May 2014

Sikap PM harus di puji

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia...

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengotakan janji beliau untuk hadir pada majlis kenduri kesyukuran sempena perkahwinan anak bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said di kediamannya di Teluk Kalong. 

Datuk Seri Najib berjanji untuk hadir majlis perkahwinan anak bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said

Ketibaan Perdana Menteri kira-kira pukul 1.10 petang disambut oleh Ahmad serta isterinya, Toh Puan Seri Norliza Mahmud dalam suasana penuh mesra bersama ribuan tetamu dan  ini sekaligus menafikan tuduhan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli pada pagi Sabtu yang mendakwa Datuk Seri Najib mungkir janji tidak akan hadir pada majlis perkahwinan Ahmad Said.

Rafizi kemungkinan membuat kesimpulan itu apabila melihat Najib sibuk mengumumkan dividen Dana Peladang Kebangsaan serta Kelab 1Azam di Pekan, Pahang selain dilaporkan akan berlepas ke Dubai untuk lawatan kerja pada hari ini. Malah, sebuah portal pro pembangkang juga membuat dakwaan sama kerana percaya Najib sudah ke Dubai tetapi menarik semula berita itu selepas menyedari Perdana Menteri masih berada di Pekan, pagi Sabtu.


Dalam jadualnya yang padat, PM masih sempat meluangkan masa lebih sejam meraikan pasangan pengantin baharu itu di samping menikmati hidangan bersama Ahmad serta para pembesar dan kenamaan lain. Turut hadir, Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Khalil Yaakob; Menteri Besar, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman dan isteri, Toh Puan Halina Zakaria; Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh dan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Pada majlis itu, Perdana Menteri mendahului upacara merenjis tepung tawar kepada pasangan pengantin dan disusuli majlis makan beradab di pekarangan kediaman Ahli Dewan Undangan Negeri Kijal.





Gambar sekitar majlis perkahwinan

Majlis perkahwinan pasangan itu menjadi perhatian setelah dikaitkan sebagai punca berlakunya salah faham antara Ahmad dengan Perdana Menteri berhubung proses peralihan pucuk pimpinan sehingga menyebabkan Ahmad memutuskan keluar parti, Isnin lalu. Ahmad dilaporkan berkata, Perdana Menteri menganggap soal perkahwinan adalah soal peribadi tanpa menyedari bahawa majlis kedua akan dilangsungkan pada hari ini sedangkan baginya ia cukup penting dan juga melibatkan maruahnya. Bagaimanapun Rabu lalu, dalam pertemuan semula dengan Najib, Ahmad memohon maaf atas keterlanjurannya dan beliau bersama dua lagi Ahli Dewan Undangan Negeri kembali bersama UMNO.


Apa yang dapat kita lihat ialah, pihak pembangkang sedaya upaya mencari topik serta mengelirukan rakyat untuk menampakkan keburukan Datuk Seri Najib, dan ini adalah salah satu usaha permainan politik yang dimainkan oleh pembangkang. Sikap Datuk Seri Najib dianggap profesional kerana walaupun terdapat sedikit salah faham dengan Datuk Seri Ahmad Said , namun beliau dapat menyelesaikannya  dengan bijak. Sikap sebegini haruslah dicontohi oleh pemimpin lain, walau di cemuh, di hina namun mampu tersenyum serta hadir di majlis yang gilang-gemilang itu. Di zaman Rasulullah dahulu, sikap kepimpinan serta keperibadian Rasulullah s.a.w telah mengubah hati musuh baginda sendiri. Mereka yang membenci Rasulullah terpegun dengan akhlak bagnda sehinggalah mereka memeluk agama Islam. 

Maka, abe Mat fikir sikap mengada-adakan cerita serta menyabarkan fitnah ini langsung tidak memberikan apa-apa kesan serta manfaat kepada masyarakat, malah masyrakat haruslah memuji serta mencontohi sikap PM yang memegang pada janji dan bersikap profesional tanpa mengira perselisihan yang berlaku. Itu sahaja yang dapat abe mat kongsikan pada hari ini, nasihat abe mat segala maklumat yang diperolehi haruslah disiasat terlebih dahulu sebelum menelan serta mempercayainya. 

No comments:

Post a Comment