Monday 26 May 2014

HARIMAU MALAYA ‘KALAH BERMARUAH’

Bismillahirrahmanirrahim…

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia…

Piala Thomas telah pun melabuhkan tirai malam semalam apabila impian rakyat Malaysia untuk menyaksikan Piala Thomas kembali ke Kuala Lumpur buat kali pertama dalam tempoh 22 tahun tidak kesampaian apabila Malaysia tewas 2-3 kepada Jepun pada aksi final di Stadium Siri Fort, New Delhi. Liew Daren yang turun di perlawanan penentuan gagal mengutip mata kemenangan selepas kecundang 12-21, 21-18 dan 17-21 kepada perseorangan ketiga Jepun, Takuma Ueda.


Liew Daren 

Walaupun pasukan Harimau Malaya dikalahkan oleh pasukan dari negara Matahari Terbit, namun, abe mat yakin pasukan negara kita kalah dalam keadaan bermaruah kerana kesemua pemain Malaysia yang diketuai oleh Datuk Lee Chong Wei berjuang habis-habisan dalam perlawanan semalam. Syabas abe mat ucapkan kepada pemain-pemain Malaysia.

Kelihatan juga Menteri Belia dan Sukan, Datuk Khairy Jamaluddin turut hadir di Stadium Siri Fort untuk sama-sama memberi semangat kepada pemain-pemain Malaysia. Pada hemah abe mat, semangat KJ yang berjiwa belia ini perlu dipuji dan dicontohi oleh menteri-menteri yang lain kerana sanggup turun padang bersama-sama rakyat untuk menyokong pasukan Malaysia. Semangat ini lah yang perlu ditunjukkan oleh pemimpin-pemimpin negara kepada rakyat.  


KJ menenangkan Liew Daren selepas dikalahkan oleh Takuma Ueda di Stadium Siri Fort
KJ bergambar bersama Datuk Lee Chong Wei


Sejarah Piala Thomas:

Piala Thomas yang diimpikan oleh pemain-pemain badminton

  • -        Kejohanan Piala Thomas ialah sebuah kejohanan utama badminton peringkat antarabangsa bagi berpasukan lelaki yang berlangsung setiap dua tahun sejak 1982.

  • -      Kejohanan ini diberi nama Piala Thomas bersempena dengan nama bekas Presiden BWF, Sir George Alan Thomas yang menderma piala ini pada tahun 1939.

  • -      Pertandingan pertama berlangsung pada 1948 hingga 1949 manakala acara bagi pasukan wanita pula diadakan pada tahun 1956 dan dikenali sebagai Piala Uber.

  • -      Pusingan kalah mati menentukan juara, lima perlawanan (tiga perseorangan dan dua beregu) pada setiap satu peringkat. Pasukan pertama yang berjaya memenangi tiga perlawanan pertama mara ke pusingan berikutnya.

  • -      Pemegang gelaran terbanyak Piala Thomas sekarang ialah Indonesia dengan 13 gelaran.


(Sumber: Wikipedia (http://ms.wikipedia.org/wiki/Piala_Thomas))  

No comments:

Post a Comment