Assalamualaikum w.b.t
dan Salam 1 Malaysia.
Hari ni Abe Mat nak berkongsi dengan semua pembaca blog ni tentang isu panda yang heboh diperkatakan di media sosial mahupun media elektronik tentang pembaziran yang dikaitkan dengan kehadiran dua ekor panda dari China, Fu Wa dan
Feng Yi. Rata-rata rakyat percaya, wang mereka digunakan oleh kerajaan untuk
membayar kos dua haiwan itu. Lalu kerajaan pun
dikecam bertalu-talu.
Sekali pandang, kecaman ini memang nampak beralas. Bawa masuk dua binatang yang hampir pupus dengan kos puluhan juta, memang kelihatan seperti membazir. Apa lagi ianya berlaku ketika kerajaan sedang bersiap sedia hendak melaksanakan GST pada tahun hadapan. Lalu mudahlah untuk diberatkan lagi tuduhan, GST gunanya untuk tanggung makan minum panda!
Dalam keadaan ini, rakyat seharusnya
perlu tahu bahawa panda gergasi yang dipinjam dari China itu adalah bersempena
menyambut ulangtahun hubungan diplomatik antara Malaysia- China yang ke-40.
Ketibaan panda bukan sahaja
bertujuan meningkatkan hubungan dua hala antara kedua-dua negara tetapi juga
meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pemuliharaan hidupan liar di
kalangan orang ramai.
Tambahan pula, dengan kehadiran panda di zoo negara berkemungkinan besar mampu menarik lebih ramai pengunjung dan pelancong ke zoo negara. Pulangan yang besar boleh dijana oleh negara kita melalui kehadiran panda ini.
Berdasarkan pembacaan Abe Mat di media sosial, ramai orang yang tidak faham mengapa
kerajaan perlu meminjam panda daripada China dan akhirnya terpengaruh dengan
tulisan-tulisan pembangkang yang memanipulasikan cerita panda ini. Secara
mudah, siapa pun juga akan anggap kos yang dibayar untuk bawa masuk Fu Wan dan Feng
Yi dari China sebagai membazir.
Namun bagi yang memahami akan makna, keperluan dan kewajaran langkah itu dari segi diplomatik dan signifikasinya pada hubungan dua hala, Cik Siti yakin darjat prasangka itu akan jauh berkurangan dan akan terhapus.
Namun bagi yang memahami akan makna, keperluan dan kewajaran langkah itu dari segi diplomatik dan signifikasinya pada hubungan dua hala, Cik Siti yakin darjat prasangka itu akan jauh berkurangan dan akan terhapus.
No comments:
Post a Comment