Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...
Pengumuman mengenai kenaikan tarif
yang diumumkan oleh Perdana Menteri pada 16 Mei lalu telah menjadi bualan
hangat rakyat di Negara ini. Sejak beberapa hari lepas, media sosial menjadi
riuh- rendah tentang Tenaga Nasional Berhad (TNB) menaikkan tarif elektrik .
Apabila berita ini mula tersebar
di media sosial, ianya telah menimbulkan kemarahan dan kritikan keras pengguna
di media sosial.
Justeru kemarahan dan penghinaan
terhadap Perdana Menteri, kerajaan dan TNB sejak beberapa hari lepas tidak lebih daripada tindakan orang malas
membaca dan menyelidik tapi beranggapan mereka paling bijak mengulas.
Sudah menjadi kesukaan dan satu
kenikmatan kepada pengguna internet untuk membelasah kerajaan Barisan Nasional
atas apa sahaja isu yang dicipta oleh pembangkang sebelum menyelidiknya
terlebih dahulu.. Tindakan sebegini bukan sahaja boleh melemahkan kerajaan
tetapi juga negara kerana kita setiap masa akan berhadapan isu kebolehpercayaan
dan curiga sehinggakan apa yang dibuat dan diumumkan oleh kerajaan dilihat
sebagai tidak baik atau menindas rakyat.
Faktanya, kita telah berbahas isu kenaikan tarif ini
pada awal Januari lagi mengenai mengapa TNB untung tapi masih perlukan naikkan
tarif. Ini kerana kos pelaburan diperlukan sangat tinggi bagi memastikan
pembekalan elektrik mencukupi dan tidak mengalami gangguan. TNB juga sebagai
syarikat yang melabur berbilion ringgit setiap tahun tidak boleh untuk
mencatatkan keuntungan yang terlalu rendah. Ia akan menyebabkan syarikat
utuliti ini berada dalam tidak stabil dan sukar mendapat bon antarabangsa dan
dalam negeri bagi menjalankan pelaburan infra yang memerlukan kos berbilion ringgit.
Akhir kata Abe Mat ingin
menasihatkan sentiasa menjadi orang yang bijak apabila berhadapan dengan
situasi sebegini. Contohnya, apabila mendapat maklumat tentang sesuatu perkara
yang kita tidak pasti kesahihannya jangan malas untuk mencari maklumat lengkap
atau menghubungi pihak yang berkaitan bagi mengelakkan kita terpedaya dengan
tipu helah dan fitnah daripada orang yang tidak bertanggungjawab. Sekian.
Assalamualaikum.
Sumber: Kadar Tarif Bil Elektrik
Naik Lagi Mulai 2014 Di Malaysia | melvister.com
Sumber: http://alamijiwaparadox.blogspot.com/2014/05/cerita-sebenar-tentang-kenaikan-tarif.html
No comments:
Post a Comment