Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum
dan salam 1 Malaysia…
Pendirian PAS
terus digugat berikutan DAP mengugut untuk berpisah dari Pakatan Rakyat
sekiranya PAS masih mahu meneruskan agendanya untuk melaksanakan hudud walaupun
tanpa persetujuan DAP. Senario ini dilihat bangkit setelah calon DAP Teluk
Intan, Dyana Sofia Mohd Daud yang juga seorang Melayu Islam memberi penegasan
bahawasanya dia tetap akan menolak pelaksanaan hukum hudud tersebut selaras
dengan perjuangan parti yang diwakilinya.
Bagaimanapun
PAS digesa untuk menyatakan pendirian mereka secara telus dan tulus berkenaan
isu tersebut biarpan PAS tidak kisah calon DAP tersebut menolak hudud. (Berita
Harian, 20 MEI 2014).
“ Tidak
timbul sebarang masalah untuk PAS memberi sokongan walaupun Dyana Sofia menolak
hudud kerana dia memng lahir daripada DAP. Apa yang penting, persefahaman dalam
Pakatan perlu diperkukuhkan. Isu mengenai perkara ini (hudud) akan diuruskan
dengan baik”. Memetik ulasan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub seperti yang
disiarkan di akhbar Berita Harian hari ini.
Namun begitu,
menurut P Ramasamy, Timbalan Menteri 11 Pulau Pinang menegaskan bahawasanya DAP
tetap tidak akan berganjak dari pendirian mereka.
“ Kita
tegas dalam hal ini dan tidak akan benarkan hudud di dalam Negara ini. Jika
usul ini diteruskan dan dan Barisan Nasional (BN) menyokong usaha itu, ia
adalah penamat kepada hubungan DAP dengan PAS”.
> sumber: BERITA HARIAN (20 MEI 2014.)
No comments:
Post a Comment